JKM serbu rumah tular ‘jual bayi’ di TikTok

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang telah melakukan serbuan sebuah rumah di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini yang didakwa menyediakan perkhidmatan pengambilan anak angkat secara haram.

Pengarah JKM negeri, Zakaria Taib berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya mengesan mesej tukar mengenai perkhidmatan tersebut di TikTok.

Bagaimanapun, menurutnya, tiada tangkapan dibuat di lokasi serbuan, susulan pemilik kediaman itu mendakwa alamat rumahnya telah disalahgunakan.

“Semakan di lokasi mendapati rumah tersebut didiami seramai tujuh orang yang terdiri daripada ahli keluarga.

“Hasil soal siasat lanjut mendapati pemilik rumah itu telah membuat laporan polis sebagai langkah keselamatan susulan lebih 30 orang awam hadir ke rumahnya sejak April atas alasan mahukan anak angkat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Zakaria berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan perkhidmatan itu benar wujud atau sebaliknya.

Sementara itu, Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Lim Siew Khim turut menyelar tindakan pengguna TikTok berkenaan yang disifatkan melanggar undang-undang negara.

Katanya, tindakan tersebut juga dilihat tidak berperikemanusiaan dan seolah-olah bayi berkenaan boleh bertukar hak milik sekelip mata dengan hanya melakukan transaksi dalam talian.

“Semua perlu faham bahawa prosedur pengambilan anak angkat dibuat dengan teliti oleh jabatan kerajaan terbabit bagi memastikan bayi berkenaan selamat.

“Tiada jalan pintas atau singkat bagi proses pengambilan bayi angkat kerana setiap langkah perlu diambil dan diperhalusi supaya hak asasi bayi itu terjamin,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menerusi hantaran di Facebook berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada pengendali TikTok untuk menghapuskan kandungan berkenaan.

Tegasnya, tindakan sedang diambil bagi menyekat, mengharamkan dan melaporkannya kepada pihak polis.​

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak