Zahid mahu lahirkan ulama terhormat bukan ulama politik

KLUANG – Golongan huffaz yang berjaya mendapat peluang kerjaya dalam bidang profesional menjadi bukti kejayaan terhadap pembaharuan ekosistem pendidikan negara yang kini bukan hanya menumpukan akademik, tetapi juga bidang kemahiran melalui program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (TVET).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berikrar, kerajaan tidak mengetepikan bidang akademik atau profesional namun penghafalan al-Quran tetap diperkasa.

“Kita tidak mengetepikan bidang akademik atau profesional… itu dipertahankan, tapi penghafalan al-Quran tetap dibuat. Soal ibadah tidak ada kompromi, soal solat tak ada kompromi.

“Mendirikan solat itu mendirikan agama, meninggalkan sembahyang itu meruntuhkan agama. Ini yang saya pegang. Bukan perlu saya pakai kopiah dengan lilit serban panjang-panjang. Makin panjang lilitnya, makin berlilit fikiran… saya tak mahu jadi begitu. Saya tak kata siapa-siapa… Saya kata saya tak mahu jadi begitu.

“Saya hormati ulama kerana ulama adalah nasihat. Tetapi ulama yang betul-betul, yang muktabar, yang menggunakan Quran, hadith bukan ulama politik, pagi cakap lain, malam cakap lain, esok cakap lain… kita mahu orang Islam yang benar-benar taqwa beriman dan menjalankan hukum-hukum Islam dengan sebenarnya,” katanya ketika berucap di Program Gegar Jejak Kerjaya MyFuture Jobs Bersama HAWA Malaysia, pada Jumaat.

Justeru, Zahid menegaskan itu sebabnya soal dunia dan akhirat diseimbangkan supaya kita jadi manusia yang seimbang.

Menurutnya, kerana itu kerajaan terus memperkasakan usaha termasuk menerapkan program Mini Ulul Albab di 49 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara.

“Usaha menjadikan golongan huffaz sebagai ahli profesional caranya ialah melalui TVET. Seramai 17 orang daripada huffaz yang menyambung pengajian di Universiti Kuala Lumpur dalam bidang penerbang awam, telah menjadi jurutera penerbangan.

“Di Uniten (Universiti Tenaga Nasional), terdapat 300 pelajar yang ambil jurusan akauntan dan teknikal terdiri daripada huffaz.

“Saya mahu ini jadi contoh di 57 MRSM seluruh negara. Kita tak ketepikan bidang akademik atau profesional… itu kita pertahankan. Tapi (dalam masa sama) program menghafal al-Quran juga diterapkan,” katanya.

Related Posts

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sesuatu berita bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei