‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

KOTA KINABALU – Semua anggota kapal selam diseru untuk terus meningkatkan ilmu, kemahiran serta integriti bagi memastikan keupayaan operasi aset strategik negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.

‎Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy Ithnain berkata kekuatan TLDM bukan sahaja terletak pada aset, tetapi juga pada tahap kesiapsiagaan dan kompetensi setiap anggota.

‎”Kemahiran amat diperlukan dalam menguasai teknologi kapal selam dengan persekitaran yang mencabar. 

“Setiap fasa latihan yang dilalui menuntut kesungguhan, kecekalan dan ketabahan para pelatih dengan semangat yang satu iaitu menjadi warga submariner yang kompeten untuk mengendalikan kapal selam TLDM.

“Saya juga menyeru semua submariner untuk sentiasa mempamerkan tahap profesionalisme, kompetensi serta jati diri yang tinggi sebilang masa kerana penganugerahan lencana ini datang bersama amanah yang cukup besar iaitu mengoperasikan aset strategik negara,” ujarnya semasa merasmikan Majlis Pemakaian Lencana Kepakaran Kapal Selam bagi Tahun 2026 di Auditorium Markas Angkatan Kapal Selam, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada Rabu.

‎Dalam pada itu, Zulhelmy memaklumkan semua penerima lencana telah berjaya mengharungi latihan intensif yang menguji ketahanan fizikal dan mental.

‎Seramai 52 orang penerima yang terdiri daripada 10 pegawai dan 42 anggota Lain-lain Pangkat.

Related Posts

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

MIRI – Gara-gara terpedaya dengan kata-kata manis seorang kenalan lelaki di aplikasi TikTok, seorang pesara swasta wanita berputih mata selepas kerugian RM1,173,700 akibat menjadi mangsa ‘Love Scam’. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL