Val Kilmer tutup usia akibat pneumonia

AKTOR Hollywood, Val Kilmer yang terkenal dengan filem Top Gun dan Batman Forever, meninggal dunia pada usia 65 tahun.

Kilmer meninggal dunia akibat pneumonia, mengikut laporan yang memetik pengesahan daripada anak perempuannya, Mercedes Kilmer, lapor The New York Times.

Dia dianggap antara pelakon utama terkenal di Hollywood pada era 1990-an, sebelum pertelingkahan dengan pengarah dan aktor lain serta kegagalan beberapa filem lakonan, menjejaskan kerjayanya.

Kilmer dilapor dikenali sebagai individu yang mudah marah, mementingkan kesempurnaan dan kadang-kala egoistik.

Dia memulakan karier filem dengan membintangi Top Secret! pada 1984, sebelum muncul dalam naskhah komedi, Real Genius (1985) dan melonjak ke puncak populariti sebagai gandingan Tom Cruise dalam filem Top Gun pada 1986,

Kilmer memainkan watak Tom ‘Iceman’ Kazansky dan beberapa dekad kemudian muncul bersama Cruise sekali lagi dalam sekuel Top Gun: Maverick (2022).

Dia juga membintangi filem fantasi arahan Ron Howard, Willow (1988) dan berkahwin dengan rakan pelakon dari Britain, Joanne Whalley. Hasil perkahwinan mereka mempunyai dua anak sebelum bercerai.

Salah satu peranan paling mencabar Kilmer adalah dalam filem arahan Oliver Stone, The Doors (1991) di mana dia memainkan watak Jim Morrison, iaitu penyanyi utama kumpulan rock berpengaruh, The Doors.

Pada 1995, dia mencipta dua kejayaan komersial, berlakon bersama Al Pacino dan Robert De Niro dalam drama jenayah Heat dan menggantikan Michael Keaton sebagai Batman dalam Batman Forever, siri ketiga dalam francais Batman.

Batman Forever menerima sambutan hambar daripada pengkritik dan filem itu lebih banyak menonjolkan Tommy Lee Jones dan Jim Carrey, Kilmer akhirnya menarik diri daripada filem Batman seterusnya.

Related Posts

Lirik lagu berunsur lucah perlu dihentikan

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menegur pengkarya yang menghasilkan lirik lagu yang mengandungi unsur lucah, tidak senonoh. Katanya, perkara itu bercanggah dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penganjur Miss & Mister Celebrity International 2025 berdepan tindakan tegas

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Tourism Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur acara Miss & Mister Celebrity International 2025 yang didapati menggunakan logo korporat dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz