Filem Mantera angkat kisah seram amalan tradisi lama bobolian

KOTA KINABALU – Filem seram berjudul Mantera bakal membawa penonton menerokai amalan mistik bobolian iaitu bomoh kaum Dusun di Sabah yang dipercayai menjadi penghubung antara manusia dan alam roh. 

Filen Mantera yang akan ditayangkan di pawagam pada 24 April depan adalah sebuah filem mengisahkan tentang penyiasatan mengenai satu kes pembunuhan yang berkait rapat dengan amalan bobolian.

Menurut Pengarah Filem, Chester Pang, dia terpanggil untuk berkongsi dengan orang ramai tentang kewujudan amalan tradisi lama kaum Dusun di Sabah yang kini sudah jarang diamalkan.

“Boleh dikatakan tidak ramai mengetahui tentang tradisi lama amalan ritual yang dilakukan oleh ‘bobolian’ sebagai ketua adat serta menjadi perantara dan pengimbang antara dua alam iaitu alam nyata (manusia) dan ‘kinohiringan’ (dewa).

“Jadi, saya merasakan kisah mengenai bobolian atau bomoh kaum Dusun ini agak menarik untuk diangkat menjadi sebuah filem,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis. 

Chester berkata, filem terbaharu arahannya itu bukan sekadar sarat dengan babak seram malah turut memaparkan ritual-ritual yang dilakukan oleh ‘bobolian’ serta menunjukkan elemen roh jahat dalam norma kehidupan masyarakat.

Dalam pada itu, yang paling menyeramkan pengarah filem itu mengakui berlaku dua kejadian yang menyeramkan ketika penggambaran berlangsung pada Februari 2024 di Tambunan, Apin-Apin dan Kota Belud.

“Yang pertama ketika babak memanggil roh di sebuah balai raya apabila pelakon utama wanita dan seorang pelakon pembantu wanita telah dirasuk, namum berjaya dikawal oleh seorang guru silat yang secara kebetulan berada di lokasi penggambaran.

“Insiden yang kedua pula apabila seorang kru telah terjatuh ke dalam gaung dan mendakwa dirinya seperti ditarik sesuatu. Malah, insiden berkenaan turut disaksikan Syafie Naswip dan Namron,” ujarnya.

Jelasnya, filem terbitan syarikat Pro Merge Vision Sdn. Bhd bukan sekadar naskhah seram semata-mata, tetapi ia membawa naratif yang berbeza apabila menonjolkan amalan tradisi kaum Dusun yang mungkin tidak diketahui ramai.

“Filem ini menggabungkan elemen seram dan mistik bertemakan budaya masyarakat di Sabah yang jarang dipaparkan, jadi ia antara tarikan untuk ditonton.

“Selaku penerbit juga harapan saya pastinya mahukan filem ini dapat diterima ramai dan mendapat kutipan pecah panggung,” ujarnya.

Mantera menampilkan barisan pelakon terkenal iaitu Syafie Naswip dan Namron serta pelakon kelahiran Sabah seperti Jovenia Jim, Wedylin Batala dan Larry Noh.

Related Posts

Wali Band teruja lagu masih ‘hidup’ dalam kalangan Gen Z

KOTA KINABALU – Kumpulan popular Indonesia, Wali Band tidak menyangka lagu-lagu mereka masih mendapat tempat di hati peminat-peminatnya di negeri ini apabila lebih 3,000 peminat mereka membanjiri Sabah International Convention…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konsert penghormatan ke-31 Teresa Teng bakal hangatkan Kuching, pacu ekonomi kreatif Sarawak

KUCHING – Penganjuran Konsert Penghormatan Peringatan ke-31 mendiang Teresa Teng yang dijadualkan pada 24 dan 25 Julai 2026 dijangka bukan sahaja mengubat rindu peminat, malah bakal menjadi pemangkin kepada sektor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar