Usah jadi hero, main sentimen kebencian insiden bendera terbalik

PUTRAJAYA – Pelbagai pihak mahupun individu diseru untuk tidak menjadi hero dengan mengapi-apikan sentimen kebencian dalam kalangan rakyat terhadap insiden pemasangan serta pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik.

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, tidak seharusnya ada pihak yang menangguk di air keruh berikutan Malaysia mempunyai undang-undang dan pasukan penguat kuasa yang berperanan dalam memastikan isu ini ditangani sewajarnya.

Menurutnya, tindakan keterlaluan boleh menyebabkan orang ramai berasa takut atau enggan memasang Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan dan perkara tersebut akan melunturkan semangat patriotik serta merugikan negara.

“Bendera Malaysia adalah lambang negara. Tiada alasan untuk memasangnya secara terbalik. Tindakan tegas yang setimpal wajar diambil oleh pihak berkuasa terhadap pesalah.

“Perlu mengambil kira niat asal mereka. Sebarang kesilapan pula harus diberikan ruang untuk diperbetulkan,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Sehubungan itu, Lih Kang berkata, sempena bulan kemerdekaan yang mulia, beliau menyeru semua ahli politik memikul tanggungjawab untuk memupuk perpaduan rakyat, bukan memecahbelahkan rakyat.

“Jalur Gemilang melambangkan semangat, perjuangan dan perpaduan rakyat Malaysia. Pemasangan bendera kebangsaan oleh rakyat pada bulan kemerdekaan mencerminkan semangat patriotik serta kesetiaan terhadap negara. Niat murni ini harus dihargai dan disambut baik semua pihak,” katanya.

Sementara itu, pakar perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu A Aziz berpandangan, penggunaan atau pemasangan bendera secara terbalik bukan sahaja mencemar imej negara, namun menjatuhkan maruah bangsa.

Katanya, kesedaran rakyat terhadap penggunaan Jalur Gemilang secara betul dan beretika perlu diperkasakan bagi memelihara maruah serta kedaulatan negara, selain perlu difahami bahawa bendera Malaysia adalah lambang kedaulatan dan identiti negara.

“Sebarang perasaan tidak suka atau tidak puas hati terhadap negara bukan lesen untuk membolehkan seseorang itu menghina bendera kebangsaan. Apabila berlaku kesalahan dalam penggunaan bendera ini atau dalam memasang bendera, ia memberikan gambaran terhadap jati diri rakyat Malaysia itu sendiri.

“Kita boleh lihat beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai kesalahan dilakukan rakyat kita sendiri dalam penggunaan bendera atau memasang Jalur Gemilang, contohnya secara terbalik, menggelapkan warna bendera, tanpa bulan sabit, bucu bintang tidak cukup dan sebagainya.

“Mungkin boleh laksana satu garis panduan berdasarkan kepada Rukun Negara dan Perlembagaan untuk dikaitkan dengan penggunaan yang seharusnya dan wajar bagi bendera atau Jalur Gemilang jika ada kesalahan berkaitan bendera dan simbol negara ini berlaku,” katanya.

Related Posts

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

PIHAK yang mendesak pelaksanaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) perlu memahami sejarah kenegeraan sehingga terbentuk Perlembagaan negara. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi dan Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop menegaskan, jika ada sebarang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Thailand-Kemboja perlu henti provokasi bermula malam ini

PUTRAJAYA – Malaysia menggesa Thailand dan Kemboja menghentikan segala bentuk permusuhan serta tidak melakukan sebarang tindakan ketenteraan lanjut, termasuk penggunaan kekerasan atau menggerakkan pasukan bersenjata ke barisan hadapan, bermula 10…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM