OKU pun betul pasang Jalur Gemilang, tiada alasan masyarakat boleh tersilap

KLANG – “Kalau OKU (Orang Kurang Upaya) pun tahu pasang Jalur Gemilang dengan betul, mustahil rakyat Malaysia yang normal tersilap,” kata pempengaruh TikTok, Zuhan Hamzah.

Itu mesej yang mahu disampaikan Zuhan selepas videonya bersama seorang OKU mental dikenali sebagai Rahim tular di media sosial.

Menerusi video kira-kira seminit yang dikongsikan di TikTok memaparkan Rahim memasang bendera negara dengan kedudukan tepat, sekali gus menarik perhatian ramai yang kagum dengan kemahirannya.

Zuhan berkata, dia tidak bertemu Rahim hampir setahun sebelum secara kebetulan terserempak dengannya baru-baru ini.

“Kebetulan dalam kereta saya memang ada Jalur Gemilang jadi bila jumpa Rahim, saya ambil peluang untuk mengujinya memasang bendera itu dengan betul.

“Saya minta dia pasang Jalur Gemilang itu secara spontan saja dan boleh nampak dalam video itu, kita tengok dia pun tahu kedudukan bendera yang betul,” katanya.

Menurut Zuhan, dia berharap mereka yang menonton perkongsiannya itu dapat memahami mesej cuba disampaikannya.

Beliau berkongsi video tersebut di media sosial kerana mahu menepis tanggapan segelintir pihak yang sering menyalahkan OKU apabila berlaku isu tertentu.

“Kalau mengikuti ‘content’ (perkongsian) saya, banyak yang ada maksud tersirat dan itu salah satunya.

“Sambil menyelam, minum air. Niat saya adalah tunjuk bahawa OKU pun mampu buat dengan betul jadi tak ada alasan untuk orang lain buat silap.

“Lagipun, tak lama lagi kita semua nak menyambut hari kemerdekaan jadi cukup-cukuplah ada isu bendera terbalik dan sebagainya yang boleh memecahbelahkan rakyat Malaysia. Jangan setiap kali ada isu pasang bendera terbalik salahkan OKU,” katanya.

Sementara itu, meninjau ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan Rahim dan memuji perkongsian Zuhan kerana membawa mesej jelas mengenai pentingnya rakyat Malaysia menghormati Jalur Gemilang tanpa mengira apa jua latar belakang.

“Bro, aku hormat kau sebab mesej disampaikan dengan jelas, harap pihak berkuasa dapat memahami perkara ini,” kata salmahtan.

“Pelik juga sebenarnya macamana boleh jadi Jalur Gemilang terbalik, video ini dah buktikan OKU pun ada semangat patriotisme memahami pasal Bendera Malaysia dengan betul,” luah Chandran di TikTok.

Related Posts

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Oleh: Alif Abd Aziz PAGOH – Kempen Internet Selamat terus dipergiat bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan siber dan penggunaan teknologi secara berhemah. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Oleh: Alif Abd Aziz SEKIJANG – Kerajaan terus komited memperkukuh kefahaman rakyat terhadap isu krisis tenaga global menerusi pendekatan komunikasi bersemuka yang lebih menyeluruh dan berkesan. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS