DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

KOTA KINABALU – Kota Kinabalu disasar muncul sebagai bandar raya pintar moden, mampan dan berdaya tahan serta perintis penggunaan teknologi angkasa dalam tadbir urus bandar di Malaysia melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama-sama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Menteri yang bertanggungjawab kepada DBKK, Joniston Bangkuai berkata, peralihan itu menandakan perubahan daripada pendekatan tradisional kepada tadbir urus yang lebih proaktif dan berasaskan data.

“DBKK sedang beralih daripada operasi tradisional kepada sebuah bandar raya berteraskan data ‘data-driven city’.

“Lebih penting lagi, kita beralih daripada pendekatan yang bersifat reaktif, bertindak selepas kejadian kepada tadbir urus yang prediktif, proaktif dan berasaskan data yang tepat dan terkini.

“Melalui MoU ini DBKK mendapat akses kepada kepakaran MYSA meliputi penderiaan jauh, Sistem Maklumat Geografi (GIS) serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Data satelit dan analitik geospatial akan menjadi asas kepada pembangunan sistem aplikasi serta pangkalan data spatial bersepadu.

“Teknologi ini akan digunakan secara khusus untuk empat fungsi utama iaitu perancangan bandar yang lebih tersusun, pengurusan bencana yang lebih awal dan bersasar, pemantauan alam sekitar yang berterusan serta penguatkuasaan yang lebih berkesan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap Sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman tersebut, di sini, pada Selasa.

Tambah Joniston, penggunaan data secara strategik dijangka meningkatkan kecekapan operasi, mempercepat penyampaian perkhidmatan serta memperkukuh keselamatan dan kesejahteraan awam.

“Pelaksanaan MoU itu disokong melalui penubuhan Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Teknikal dan kumpulan kerja bagi memastikan setiap inisiatif dipantau serta dilaksanakan secara berkesan.

“Kerajaan negeri akan terus menyokong kerjasama berkenaan bagi memastikan matlamat penyampaian perkhidmatan bandar yang lebih cekap dan mampan dapat dicapai,”ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pendekatan berkenaan membolehkan keputusan dibuat dengan lebih tepat, pantas dan memberi impak tinggi kepada rakyat.

“Kerjasama tersebut selari dengan agenda nasional pembangunan bandar pintar serta aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan pendigitalan dan inovasi.

“DBKK turut diiktiraf sebagai ‘Smart City Early Adopter’ di bawah Penarafan Bandar Pintar Malaysia,” kongsinya.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi