Pendekatan bersasar tangani isu subsidi, ekonomi kekal terkawal – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pendekatan kerajaan dalam menangani isu subsidi pada masa ini adalah lebih bersasar dan tidak dilaksanakan secara menyeluruh, bagi memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, terdapat dua pendekatan utama yang dipertimbangkan dalam pengurusan subsidi, iaitu sama ada mengurangkan kuota atau menaikkan harga asas.

Namun, pandangan yang diketengahkan mencadangkan agar kuota dikurangkan sedikit supaya harga asas dapat dikekalkan sekitar RM1.99, sekali gus membolehkan rakyat terus menikmati harga yang rendah.

“Jika penggunaan dapat diurus secara berhemah, termasuk mengurangkan perjalanan, kuota sekitar 200 liter sebulan tidak akan memberi kesan besar kepada kebanyakan pengguna,” katanya ketika sesi langsung ‘Tanya – Jangan Sentap!’ yang dimuat naik di laman Facebook beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa subsidi diesel bagi sektor pengangkutan logistik masih dikekalkan pada kadar RM2.15, manakala sektor e-hailing diberikan kuota subsidi sehingga 800 liter.

Fahmi berkata, langkah ini mencerminkan pendekatan kerajaan yang memberi tumpuan kepada sektor yang benar-benar memerlukan.

Mengulas perbandingan dengan situasi semasa pandemik Covid-19, beliau berkata, keadaan kini jauh lebih terkawal tanpa berlakunya krisis kemanusiaan seperti sebelum ini.

“Pendekatan kali ini adalah lebih sektoral. Tidak semua sektor terkesan, dan kerajaan meneliti keadaan setiap sektor serta industri secara terperinci melalui mesyuarat mingguan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

“Kita akan teliti sektor demi sektor, industri demi industri. Malah sampai ke peringkat subsektor tertentu. Dan kita dengar, kita dapatkan pandangan,” katanya.

Dalam pada itu, pendekatan bantuan yang dilaksanakan juga lebih spesifik, termasuk membolehkan sektor perbankan berunding secara langsung dengan pihak terjejas tanpa perlu melaksanakan moratorium secara menyeluruh.

Bagi sektor yang terkesan secara signifikan, perbincangan akan diadakan bersama pihak berkaitan, termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mencari penyelesaian yang sesuai.

Beliau menegaskan bahawa pemberian bantuan secara menyeluruh boleh memberi gambaran kurang baik kepada pelabur antarabangsa seolah-olah keadaan ekonomi negara tidak terkawal.

“Namun realitinya, ekonomi negara masih stabil. Aktiviti harian berjalan seperti biasa, sektor kesihatan terkawal dan tiada kesesakan di hospital,” katanya.

Bercakap mengenai bekalan bahan api, beliau berkata bekalan minyak dijangka mencukupi sekurang-kurangnya sehingga hujung Jun dan keadaan semasa berada dalam kawalan.

Related Posts

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali kenangan lawatan beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi ketika mengadakan kunjungan ke pulau berkenaan baru-baru ini. Menurut beliau, lawatan kali ini cukup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi