Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan, beliau tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan berhubung siasatan berkait kes pelaburan bernilai RM1.1 bilion.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata bahawa beliau bagaimanapun tidak boleh membuat sebarang ulasan berkaitan siasatan kes terbabit buat masa ini.

“Saya tak boleh nak komen sebenarnya tapi soal siasat, bagi siapa yang selalu kena soal siasat, selalunya akan melalui prosesnya. Jadi perkara itu selalunya mengikut ‘timeline’.

“(Saya) ‘nothing to hide’ (tiada apa-apa hendak disembunyikan),” katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Terdahulu, Rafizi tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 9.30 pagi untuk menyambung proses merakam keterangan bagi kali kedua berhubung siasatan tersebut.

Beliau tiba dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Volvo XC60 berwarna gelap serta memakai kemeja putih dan sut hitam.

Ketika ditanya mengenai proses mengambil keterangan yang dilaluinya semalam, Rafizi berkata bahawa layanan yang diterimanya adalah baik.

“Layanan semua tu tak ada masalah, memang prosesnya begitu.

“Lagipun ia mudah kerana siasatan ini setakat inilah tidak berkaitan dengan apa-apa wang, apa-apa rasuah, ia soal prosedur.

“Jadi yang itu saya ingat orang yang berada di pihak sayalah. Maksudnya perkara itu rekod semua ada, …rekod kerajaan,” katanya.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar, sebelum ini dilaporkan berkata bahawa siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Rakaman percakapan Rafizi dibuat selepas pembantunya, Chai Jin Shern atau James Chai, diambil keterangan selama tiga hari berturut-turut pada minggu lalu.

Mohd Hafaz dipetik sebagai berkata bahawa sebanyak 22 keterangan telah diambil termasuk dalam kalangan menteri dan pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuka kertas siasatan pada 16 Februari lalu susulan aduan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa bahawa perjanjian projek dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Siasatan turut menjurus kepada kemungkinan wujud unsur konflik kepentingan yang membabitkan beberapa individu yang dikatakan diberikan jawatan dalam syarikat asing berkenaan selepas meninggalkan perkhidmatan di sebuah kementerian.

Related Posts

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengumumkan enam perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Beliau dalam kenyataan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi