Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

BENTONG – Kira-kira 10,000 penerima akan mendapat manfaat daripada Kad Kesihatan Kasih Makmur Negeri Pahang (Edisi Pahlawan) tahun ini.

Ia adalah antara usaha berterusan memastikan kebajikan golongan pejuang negara terus diberi perhatian sewajarnya.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian kad kesihatan itu adalah tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap jasa dan pengorbanan pegawai dan anggota pasukan pertahanan yang pernah berkhidmat.

“Ini adalah tanda ingatan kita kepada mereka yang banyak berkorban suatu ketika dahulu dan meninggalkan keluarga. Kita tahu mereka pergi ke perbatasan untuk mempertahankan negara.

“Jadi Kerajaan Negeri Pahang terpanggil untuk memberi sedikit bantuan dalam bentuk kad kesihatan kepada mereka,” katanya, lapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kad Kesihatan Kasih Makmur Negeri Pahang (Edisi Pahlawan) di Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam, hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Wan Rosdy memaklumkan, jumlah penerima kad kesihatan berkenaan juga meningkat dengan nilai bantuan RM500 setahun, bagi setiap penerima.

“Setiap tahun meningkat (penerima) dan nilai mereka dapat RM500 setahun. Jadi ini memudahkan veteren Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, mereka tidak perlu pergi ke klinik kesihatan ataupun hospital untuk beratur.

“Mereka boleh mendapatkan perkhidmatan dengan segera dan dalam masa yang sama kita menggalakkan mereka untuk menjaga kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa kadar penebusan kad tersebut adalah hampir menyeluruh sejak program itu dimulakan pada tahun 2022.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi