Tindakan SPRM demi rakyat, bukan hukuman – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan dalam menangani isu rasuah adalah untuk mendapatkan semula wang rakyat yang diambil secara tidak sah, dan bukan untuk menghukum individu yang telah meninggal dunia.

Menurut Anwar, tindakan tersebut penting bagi memastikan keadilan terhadap rakyat, walaupun ia mendapat tentangan daripada pihak tertentu yang mempertahankan individu yang terlibat.

“Kita bukan mahu menghukum orang yang telah meninggal dunia. Apa yang kita mahu ialah mengambil balik duit yang dia ambil secara tidak sah. Tetapi, apabila tindakan diambil, ada pula yang kata ‘kasihan, dia sudah tua’ atau ‘dia sudah tiada’,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Tanpa menamakan mana-mana individu secara khusus, Anwar turut menyatakan rasa kesal terhadap sikap segelintir pihak yang menggunakan ruang Parlimen untuk mempertahankan tokoh yang didakwa telah mengaut kekayaan secara tidak wajar.

“Maknanya, (terdapat pihak) menggunakan ruang Parlimen untuk mempertahankan orang yang memunggah kekayaan berbilion,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang menjalankan siasatan dan tindakan pelucutkan aset berkaitan Allahyarham Tun Daim Zainuddin; isteri beliau, Toh Puan Na’imah Khalid; ahli keluarga dan sekutunya.

Dalam kenyataan bertarikh 11 Julai lalu, SPRM memaklumkan bahawa siasatan melibatkan pemilikan aset luar biasa bernilai tinggi yang dikenal pasti di 11 buah negara, termasuk United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Singapura, British Virgin Islands, Kepulauan Cayman, Jersey, Itali, Jepun, Indonesia, serta beberapa negara di benua Afrika.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM