Seleweng 38,000 liter diesel, lelaki didenda RM100,000

SIBU – Padah berurus niaga barang kawalan berjadual tanpa lesen melibatkan 38,000 liter minyak diesel, seorang lelaki warga tempatan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Sibu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, tindakan pendakwaan itu dibuat hasil operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihaknya.

Menurutnya, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 di hadapan Hakim Musyiri Peet.

“Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara 10 bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

“Bagaimanapun, tertuduh telah melunaskan bayaran tersebut dan dibebaskan,” katanya.

Mengulas lanjut, Matthew memberitahu, barangan rampasan yang dianggarkan bernilai RM103,200 dalam kes tersebut turut dilucuthak untuk dijadikan hasil kerajaan.

Tegas beliau, langkah itu merupakan sebahagian daripada tindakan tegas KPDN terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan barang kawalan bersubsidi.

“KPDN Sarawak komited untuk terus memperkukuh penguatkuasaan dan menyeru masyarakat supaya menjadi ‘mata serta telinga’ pihak berkuasa.

“Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penyelewengan barang kawalan melalui saluran aduan rasmi KPDN,” jelasnya.

Related Posts

Remaja maut motosikal terjatuh bawah bas persiaran

KUANTAN – Seorang remaja lelaki maut selepas terperosok ke bawah bas sejurus motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di Jalan Genting Highlands, arah turun, pagi tadi. Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

KANGAR – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bagi Penggal Keempat dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Jun 2026 selepas ditangguhkan baru-baru ini. Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang negara, meluruskan naratif sesat

Hutang negara, meluruskan naratif sesat

Seleweng 38,000 liter diesel, lelaki didenda RM100,000

Seleweng 38,000 liter diesel, lelaki didenda RM100,000

Remaja maut motosikal terjatuh bawah bas persiaran

Remaja maut motosikal terjatuh bawah bas persiaran

Perbelanjaan kementerian disemak, Belanjawan 2026 kekal seperti dirancang

Perbelanjaan kementerian disemak, Belanjawan 2026 kekal seperti dirancang

Zahid atur pertemuan dengan ADUN UMNO Negeri Sembilan

Zahid atur pertemuan dengan ADUN UMNO Negeri Sembilan

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun