Sejahtera MADANI agenda nasional basmi kemiskinan

PUTRAJAYA – Inisiatif Kesejahteraan Rakyat MADANI (Sejahtera MADANI) adalah agenda nasional untuk membasmi kemiskinan bandar, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, inisiatif itu satu perkembangan positif, namun perlu memastikan adanya tindakan susulan menyeluruh supaya hasilnya dapat dinikmati secara berterusan oleh golongan memerlukan.

“Seperti yang sering disebut, kita tidak boleh hanya memberi ikan, tetapi mesti memberi kail supaya rakyat mampu mencari ikan sendiri.

“Dengan erti kata lain, program itu mesti bersifat jangka panjang dan disertai pemantauan bersama oleh sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta badan-badan lain. Ini satu pendekatan yang baik,” katanya seperti dilapor Bernama.

Terdahulu, Ahmad Zahid menghadiri majlis pelancaran inisiatif Sejahtera MADANI yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, jumlah keseluruhan kutipan Tabung Sejahtera MADANI hampir RM120 juta itu bukan sahaja meliputi bantuan dalam bentuk kewangan, tetapi juga dalam bentuk barangan, perkhidmatan serta latihan.

Katanya, inisiatif itu satu usaha baik yang dikoordinasikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Sejahtera MADANI ialah inisiatif nasional bagi membantu isi rumah miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (Sistem eKasih).

Inisiatif itu menghimpunkan pelbagai bentuk intervensi bantuan merentas kementerian, agensi dan pihak swasta bagi membasmi kemiskinan secara berfokus serta bersepadu.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Sejahtera Madani ialah satu inisiatif nasional yang dirangka khusus untuk membantu isi rumah miskin dan miskin tegar.

Beliau berkata, program seperti itu selaras dengan Teras Kelima Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam, iaitu memperkukuh sinergi antara sektor awam dan swasta khususnya melibatkan badan korporat termasuk GLC, GLIC, Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG) serta badan berkanun.

“Rantaian pelaksanaan program sebegini perlu terus diperkasakan sejajar dengan pendekatan Whole-of-Nation (keseluruhan kerajaan) yang menekankan semangat kebersamaan dan kemuafakatan selari dengan prinsip ihsan yang menjadi tunjang kepada nilai-nilai MADANI,” katanya.

Beliau turut merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan strategik kerajaan yang melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dalam usaha membantu masyarakat memerlukan.

Related Posts

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi