Pas terus guna agama untuk halalkan huru-hara negara – Mahfuz

PARTI Amanah Negara (Amanah) kecewa dengan kenyataan Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) yang menggesa rakyat turun ke perhimpunan 26 Julai nanti kononnya atas tanggungjawab moral dan agama untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam Ketua Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP), Datuk Ahmad Yahya menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa pelbagai latar belakang untuk turun ke jalanan kononnya atas tanggungjawab agama.

Menurut Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar, pihaknya sangat memandang serius dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh DUPP itu malah sangat berbahaya kerana mengaitkan tindakan politik jalanan dengan ‘tanggungjawab agama’.

Ini seolah-olah memberi mesej salah dan cuba menanam elemen esktrem kepada golongan pentaasub sehingga boleh menghuru-harakan politik negara yang aman sekarang ini.

“Kenyataan itu membuka ruang kepada fahaman bahawa ‘Turun Anwar’ adalah satu tindakan wajib dalam agama dan ini boleh mendorong tindakan melampau, merosakkan keamanan dan tidak keterlaluan dikatakan mampu berlakunya pertumpahan darah.

“Doktrin politik memperkudakan agama adalah sangat bahaya malah Malaysia boleh berada dalam keadaan bahaya.

“Matlamat menghalalkan cara pembangkang akan menyebabkan kehidupan bernegara mampu terbakar hangus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya lagi, seruan seperti ini mampu menimbulkan kekeliruan pada umat Islam.

Sebagai ulama yang dilantik perlu bertanggungjawab untuk menenangkan suasana, memanggil penyatuan umat dan bukannya menyalakan api perpecahan.

“Semenjak Kerajaan MADANI ditubuhkan kita tidak nampak sebarang kezaliman dilakukan oleh PMX terhadap rakyat mahu pun pembangkang.

“Persoalannya mengapa ulama Pas beria-ia menghalalkan rampasan kuasa secara emosi di jalanan.

“Sedangkan seluruh umat Islam di Malaysia ini percaya kepada Allah dan Islam tidak suka kepada huru-hara yang boleh menyusahkan rakyat. Mengapa DUPP mahu mengkucar-kacirkan rakyat Malaysia hari ini dengan mengeluarkan kenyataan mengelirukan itu,” katanya.

Menurut Mahfuz, seandainya jika benar mahu menukar kerajaan yang sedia ada perlulah dengan secara sah dan beradab melalui demokrasi berparlimen.

Adalah sangat sedih sebagai parti yang dikatakan mengamalkan nilai-nilai Islam sanggup meniup semangat kononnya ‘wajib lawan pemerintah’ atas tafsiran politik sempit bersandar kepada agama.

“Kerajaan MADANI hari ini dipilih oleh rakyat secara sah dan bukannya melalui ‘tebuk atap’ yang mengkianati undi rakyat.

“Kerajaan hari ini mendapat mandat melalui proses demokrasi dan mendapat perkenan dari Yang di-Pertuan Agong.

“Sekiranya mahu menurunkan Perdana Menteri , ikutilah proses perlembagaan dengan buktikan jumlah di Parlimen atau mengadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Bukannya membawa rakyat ke jalanan atas semangat marah dan memomokan agama,” katanya.

Amanah yakin seruan DUPP itu sebenarnya bukan jalan dakwah yang diredai oleh agama, malah ia berunsurkan hasutan yang sangat keji dalam perundangan.

“Saya berharap jangan sampai rakyat biasa menjadi mangsa kebencian politik yang dibakar atas nama agama. Cukuplah agama Islam dijadikan tunggangan untuk menjadi alat merampas kuasa.

“Jangan ulang sejarah hitam dunia Islam di mana pertelingkahan kuasa atas nama agama akhirnya membawa kehancuran kepada rakyat dan negara hingga pihak musuh berjaya menapak di negara kita.

“Amanah berharap rakyat Malaysia sudah matang dengan politik mainan Pas dan tidak begitu mudah diperbodohkan dengan pelbagai slogan agama yang sering diputarbelitkan oleh mereka yang gilakan kuasa,” ujarnya.

Related Posts

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

TONGOD – Semua pihak diseru agar mengetepikan politik perbalahan dan bergerak secara adil dan bersama-sama demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, kata Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar

KINABATANGAN – Persiapan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag yang dijadual pada Sabtu berjalan lancar. Wakil Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Datuk Sapdin Ibrahim berkata, persiapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028