Tiga gajah tempatan di zoo Jepun perlu dibawa balik

KUANTAN – Pihak Zoo Taiping & Night Safari digesa mengambil tindakan segera dengan membawa pulang tiga gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, gajah tersebut perlu dibawa pulang dan ditempatkan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Temerloh yang lebih sesuai dengan habitat dan keperluan semula jadi haiwan terbabit.

Menurutnya, berdasarkan gesaan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat, perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana gajah tersebut adalah sebahagian daripada khazanah biodiversiti negara.

“Saya mengambil maklum dan mengikuti perkembangan Dara, Amoi dan Kelat justeru dalam isu ini, sebaiknya dan tempat paling wajar bagi mereka adalah kembali ke bumi sendiri,” katanya melalui kenyataan.

Wan Rosdy berkata, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah mempunyai kepakaran serta persekitaran lebih kondusif untuk pemuliharaan dan penjagaan gajah, khususnya dari segi interaksi sosial, ruang pergerakan dan kesejahteraan psikologi haiwan.

“Kita bertanggungjawab memastikan setiap khazanah negara dipelihara dengan sebaiknya,” ujarnya.

Sebelum ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menegaskan cadangan untuk mengembalikan Dara, Amoi dan Kelat wajar dipertimbangkan dengan serius oleh Zoo Taiping & Night Safari dengan mengambil kira kepentingan awam serta sensitiviti semasa.

Foto: FB Mazlan Zonan

Related Posts

Sabah hampir capai liputan internet menyeluruh, jurang digital kian mengecil

KOTA KINABALU – Usaha memperkasa infrastruktur digital di Sabah kini menunjukkan impak ketara apabila liputan internet di kawasan berpenduduk melonjak kepada 98.71 peratus, sekali gus menandakan jurang digital antara bandar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lenggong capai dua pengiktirafan UNESCO, muncul geopark bertaraf dunia

LENGGONG – Lembah Lenggong mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai Lenggong UNESCO Global Geopark, sekali gus melengkapkan dua pengiktirafan antarabangsa selepas status Tapak Warisan Dunia UNESCO yang diterima pada 2012. Pengumuman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah hampir capai liputan internet menyeluruh, jurang digital kian mengecil

Sabah hampir capai liputan internet menyeluruh, jurang digital kian mengecil

Beban subsidi meningkat, MoF laksana pelarasan perbelanjaan secara berhemat

Beban subsidi meningkat, MoF laksana pelarasan perbelanjaan secara berhemat

Tiga gajah tempatan di zoo Jepun perlu dibawa balik

Tiga gajah tempatan di zoo Jepun perlu dibawa balik

Lenggong capai dua pengiktirafan UNESCO, muncul geopark bertaraf dunia

Lenggong capai dua pengiktirafan UNESCO, muncul geopark bertaraf dunia

Hutang negara, meluruskan naratif sesat

Hutang negara, meluruskan naratif sesat

Seleweng 38,000 liter diesel, lelaki didenda RM100,000

Seleweng 38,000 liter diesel, lelaki didenda RM100,000