Tindakan boikot tidak beri kesan ketara kepada ekonomi

KUALA LUMPUR – Gerakan memboikot dilihat tidak memberikan kesan ketara kepada ekonomi negara memandangkan sumbangan subsektor makanan dan minuman kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) adalah sekitar 2.4 peratus pada suku pertama 2024.

Kementerian Ekonomi menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara – yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini – berkata, kerajaan akan terus berusaha bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang dan tidak terkesan dengan gerakan pemboikotan itu.

Ia menjelaskan pembaharuan struktur ekonomi yang sedang dilaksanakan dijangka menyokong sasaran pertumbuhan ekonomi bagi mempercepat peralihan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

“Pada masa yang sama, syarikat berjenama tempatan wajar mengambil peluang serta lebih kreatif dan inovatif dalam menawarkan produk tempatan yang berkualiti dan memenuhi cita rasa rakyat tempatan.

“Tindakan ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi permintaan untuk produk buatan Malaysia,” tambahnya.

Kementerian Ekonomi berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Ahmad Ibrahim yang meminta kementerian tersebut menyatakan peratusan pertumbuhan ekonomi subsektor minuman dan makanan ketika kebanyakan pemain industri mengalami tekanan akibat gerakan boikot.

Kementerian Ekonomi menjelaskan konflik Asia Barat antara rejim zionis Israel dan Palestin yang berlaku pada 7 Oktober 2023, mendorong kepada gerakan memboikot sebahagian perniagaan syarikat jenama luar negara oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

“Pemboikotan ini menyebabkan pengguna cenderung untuk beralih kepada jenama makanan dan minuman keluaran tempatan,” tambahnya.

Related Posts

Inflasi keseluruhan catat penurunan

KADAR Inflasi keseluruhan pada suku pertama 2025 Malaysia menurun kepada 1.5 peratus berbanding 1.8 peratus pada suku keempat 2024. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SKWAK, TEKUN Kontrak-i: Suntikan modal untuk kontraktor Bumiputera

KOTA KINABALU – Kerajaan menerusi Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (PKK) terus komited membantu kontraktor Bumiputera dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif pembiayaan termasuk Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) dan TEKUN…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat