Negeri Sembilan lancar beras Perpatih

KERAJAAN Negeri Sembilan memperkenalkan beras keluarannya iaitu beras Perpatih, di Program NS Fest, Dataran Nilai pada Khamis.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif ini dilancarkan bagi menangani krisis kekurangan beras dan memperkasakan industri padi di negeri ini.

“Alhamdulillah pada hari ini Kerajaan Negeri Sembilan telah melancarkan produk beras Negeri Sembilan dengan nama Perpatih.

“Inisiatif ini diambil bagi membantu Kerajaan Pusat menangani krisis beras tempatan dalam pasaran dengan menjalinkan kerjasama bersama syarikat swasta dan mewujudkan Pusat Pengumpulan Padi di Melang, Kuala Pilah,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook pada Khamis.

Menurut Aminuddin, setakat ini, sebanyak 387 metrik tan jumlah padi terkumpul yang dihantar dan diproses di pusat pengumpulan padi pada bulan Februari 2024.

Beras ini akan mula dijual menerusi Jualan Negeri Sembilan Prihatin di seluruh Negeri Sembilan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Bagi 3,000 beg yang seterusnya, rakyat Negeri Sembilan boleh beli dengan harga RM13. Secara keseluruhannya, sebanyak 5,000 beg beras 5kg yang akan dijual istimewa hanya di NS Fest.

“InsyaAllah selepas NS Fest, Beras Negeri Sembilan akan mula dijual melalui Jualan Negeri Sembilan Prihatin di seluruh Negeri Sembilan mengikut jadual yang telah ditetapkan,” katanya.

Related Posts

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

ISU konflik antara gajah dan manusia di kawasan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Perak, bukan lagi perkara baharu, malah semakin membimbangkan. Kehadiran mamalia besar itu bukan sahaja menjadi ancaman kepada keselamatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

KUCHING – Sarawak terus melangkah ke hadapan dalam arus pendigitalan apabila Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa teknologi digital kini menjadi pemacu utama dalam memperkasa masyarakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta