Nilai ringgit dibuka tinggi banding dolar

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, menembusi paras RM4.61, paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan.

Ahli ekonomi menjangkakan mata wang tempatan akan meningkat lagi ketika pelabur menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS lewat hari ini.

Pada jam 8.01 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6180/6235 daripada paras 4.6330/6400 ketika ditutup pada Selasa.

Rangsangan dalam sentimen pasaran global dan prospek ekonomi domestik yang kukuh telah memperkukuh mata wang tempatan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, penurunan hasil Perbendaharaan AS, jatuh empat mata asas menunjukkan bahawa lebih ramai pelabur menjangkakan Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menurunkan kadar faedah tidak lama lagi.

“Ringgit kini didagangkan dalam lingkungan RM4.61 dan kami menjangka RM4.6099 akan menjadi paras sokongan seterusnya.

“Bagaimanapun, aktiviti pengambilan untung dijangka berlaku selepas mesyuarat FOMC berakhir,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.9272/9343 daripada 5.9427/9472 ketika ditutup pada Selasa dan melonjak berbanding euro kepada 4.9944/5.0003 daripada 5.0044/0082 semalam, bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0244/0284 berbanding 2.9845/9870 sebelumnya.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain.

Related Posts

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyusun semula strategi sektor pelancongan dengan memberi tumpuan kepada pasaran yang lebih berdaya tahan bagi memastikan kemasukan pelawat dan hasil negara kekal stabil susulan krisis bekalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran