Tiga lelaki miliki petrol tanpa lesen didenda hingga RM10,000, penjara

SEMPORNA – Tiga lelaki mengaku bersalah miliki minyak petrol tanpa lesen dijatuhi hukuman denda RM6,000 hingga RM10,000 atau penjara empat hingga enam bulan jika gagal bayar di Mahkamah Sesyen Tawau, pada Selasa.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna, Dr Jong Jee Leong berkata, tertuduh dijatuhkan hukuman atas kesalahan miliki barang kawalan minyak petrol sebanyak 225 liter di dalam sembilan unit jerikin (tong) secara runcit atau borong tanpa lesen yang termasuk di bawah Seksyen 20(1), akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

“Atas kesalahan itu Hakim Mahkamah Sesyen Tawau, Yang Arif Ahmad Faizadh Yahaya menjatuhkan hukuman denda RM10,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar kepada tertuduh pertama, Razif Maek, 39.

“Manakala tertuduh kedua, Herman Hassan, 37, didenda RM6,000 atau penjara empat bulan jika gagal bayar dan tertuduh ketiga, Kalding Jabi, 45, tiada dokumen pengenalan diri, dikenakan hukuman penjara empat bulan serta diperintah merujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran setelah selesai menjalani hukuman,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau tangkapan telah dilakukan pada 3 September lalu oleh pasukan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna di kawasan tepi bakau, Kampung Sinallang Lama.

“Pada 3 September lepas pukul 7.30 malam waktu tangkapan, didapati semua tertuduh memiliki barang kawalan berkenaan yang diletakkan di atas bonet kenderaan jenis Isuzu Dmax berwarna kelabu gelap.

“Semua tertuduh tidak memiliki sebarang lesen atau kebenaran menyimpan barang kawalan berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak KPDN untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambah Jong, KPDN Semporna tidak akan berkompromi dengan aktiviti melibatkan barang kawalan dan akan terus meningkatkan penguatkuasaan membanteras aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan di daerah berkenaan.

Related Posts

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

KOTA KINABALU – Usaha memperkasa usahawan wanita muda kini diperluas di utara Sabah menerusi penganjuran Program Memperkasa Usahawan Wanita Muda Sabah: Kuasa Wanita, Kuasa Ekonomi yang akan berlangsung pada 23…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

KOTA MARUDU – Setiap pandangan dan keluhan masyarakat setempat berkenaan pendidikan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, termasuk status semasa SMK Langkon. Menurut Ketua Cabang PKR Kota…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Pemancing hilang di Umas-Umas

Pemancing hilang di Umas-Umas

Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

  • By Ynom
  • July 20, 2025
Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET