Banjir: Selangor cadang bina ‘lebuh raya’ air

SELANGOR berhasrat membina ‘lebuh raya’ air bernilai RM5 bilion, menghubungkan laluan air dari Kuala Lumpur ke Sungai Klang dan mengalir terus ke laut.

Exco Infrastruktur, Ir Izham Hashim berkata, ‘lebuh raya’ serupa dengan saluran air atau terowong itu bakal menyalurkan lebihan air ke laut, sekali gus mengatasi masalah banjir di Lembah Klang.

Menurutnya, rancangan itu dicadangkan kepada kerajaan persekutuan, tertumpu di kawasan tanah rendah yang sering dilanda banjir di lembah tersebut.

“Idea ini untuk menyalurkan semua air yang dikumpul di Kuala Lumpur dan membawanya terus ke laut supaya tidak menyebabkan banjir di sepanjang sungai-sungai utama di Lembah Klang.

“Jika terdapat sebarang ketidaknormalan dalam paras air seperti semasa hujan, lebuh raya ini akan membawa air terus ke laut,” katanya dipetik Selangor Kini, hari ini.

Izham berkata, lebuh raya air itu dijangka mempunyai diameter antara 8 meter hingga 9 meter, akan membantu menyelesaikan masalah banjir yang berlarutan di Lembah Klang.

“Kita juga boleh menggunakan lebuh raya ini untuk menyimpan lebihan air di takungan berhampiran laut, yang boleh digunakan semasa kecemasan seperti kemarau,” katanya.

Izham menambah, cadangan itu telah dibentangkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

“Kami sedang mengemukakan cadangan ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Projek ini adalah satu lagi perubahan besar, tetapi ia mesti dilaksanakan dengan betul,” katanya. -TMP

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi