Pihak berkepentingan sektor pelancongan diseru semarakkan VM2026

KANGAR – Pihak-pihak berkepentingan sektor pelancongan diminta untuk meningkatkan usaha bagi menyemarakkan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa usaha ini penting untuk mempertingkatkan ekonomi Malaysia dan menjadikan negara sebagai destinasi tumluan pelancongan utama dunia.

“Dengan pelaksanaan Tahun Melawat Perlis 2024-2025, kami memulakan perjalanan yang penting yang menandakan langkah awal menuju VM2026,” titah baginda.

Titah tersebut disampaikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika merasmikan Persidangan Proposed Asean China Heritage Dimension of National Arts (DNA) Initiative 2024 di sini malam ini.

Tuanku Syed Faizuddin turut menzahirkan rasa gembira serta bangga dengan pencapaian itu meletakkan tanggungjawab untuk memperkenalkan keindahan bumi Perlis yang aman damai dan penuh dengan keajaiban tersembunyi kepada pihak berkemampuan, khususnya DNA Warisan Asean China.

Turut sama berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama mengiringi tetamu diraja ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin turut mempelawa orang ramai melancong ke Perlis bagi merasai suasana dan pengalaman menarik di negeri paling utara Semenanjung Malaysia itu.

“Terokai Perlis untuk menikmati keindahan Perlis yang menawan dengan melawat perkampungan nelayan yang penuh warna-warni di Seberang Ramai Kuala Perlis, Muzium Marhum Kota Kayang, Batik Inderawasih dan nikmati pelbagai hidangan makanan Perlis yang lazat di restoran dan kafe kami yang menarik,” titah baginda.

Persidangan tersebut berlangsung dari 8 hingga 14 September di sini, dengan penyertaan peserta dari Indonesia, Laos, Thailand, Myanmar, Kemboja, Singapura, dan China.

Related Posts

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

KABONG – Kabong bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah bagi Kabong International Beach Trail Marathon (KIBTM) 2025, acara maraton pantai bertaraf antarabangsa pertama yang dianjurkan di Sarawak. Acara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

KABONG – Usaha memperkasa sukan tradisional terus mendapat perhatian apabila Kelab Tarik Tali Trass Merah Kabong menerima sumbangan geran berjumlah RM8,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Adam Eji kongsi pengalaman buli siber, seru masyarakat lebih waspada di media sosial

Adam Eji kongsi pengalaman buli siber, seru masyarakat lebih waspada di media sosial

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik