Tiada pelajar Malaysia lanjut pengajian di Lubnan

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan tiada mahasiswa Malaysia direkod melanjutkan pengajian di Lubnan ketika ini.

Perkara itu dimaklumkan Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berdasarkan semakan menerusi pejabat Education Malaysia Jordan.

“Setakat ini kita tidak mempunyai pelajar (dari Malaysia) yang berdaftar (di Jordan). Namun berdasarkan laporan daripada Education Malaysia, tiada pelajar kita di Lubnan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Jelajah Kampus Madani bersempena Minggu Apresiasi Watan (MAW) Sesi 2024/2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, hari ini.

Zambry mengulas demikian ketika ditanya sama ada KPT akan membawa pulang pelajar Malaysia di Lubnan susulan konflik Hezbullah dan Israel di negara terbabit.

Bagaimanapun, Zambry berkata, KPT terus memantau sama ada terdapat mahasiswa Malaysia yang tidak berdaftar dan melanjutkan pengajian di Lubnan.

“Langkah akan terus diambil kerajaan melalui Wisma Putra untuk memastikan rakyat Malaysia… sama ada yang belajar secara tidak rasmi melalui madrasah atau sistem persekolahan di sana atau rakyat Malaysia yang berada di sana.

“Saya percaya Wisma Putra mengambil langkah pantas untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di kawasan terbabit,” katanya.

Related Posts

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini