Fadhlina bela nasib pelajar UMS guna guni bawa barangan untuk ke asrama

SEORANG pelajar cemerlang yang menggunakan guni untuk mengisi barangan yang dibawa untuk ke asrama sewaktu pendaftaran ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini, mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Fadhlina menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan, beliau sudah pun menghubungi pelajar itu, Rafida Zaiddin dan menguruskan serta-merta semua urusan beban kewangan serta keperluan diperlukan pelajar itu untuk meneruskan pengajian.

“Rafida, anak yang cerdik. Berasal dari bumi bertuah, Sandakan. Keputusan peperiksaan beliau di Matrikulasi Labuan sangat membanggakan.

“Sedang mengikuti pengajian perakaunan di UMS. Bagaimana isu Rafida ini sangat dekat di hati saya? Kerana pada hari yang sama saya turut menghantar anak sulung saya ke universiti.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Cikgu Rahman dan rakan saya, Dr Abdullah Bade, pensyarah UMS yang telah melaporkan keadaan anakanda Rafida Zaiddin,” katanya.

Fadhlina dalam hantaran sama turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Rafida kerana telah memberi kesedaran bahawa perjuangan pendidikan manusiawi adalah kekuatan Malaysia.

“Fly high, stand tall Rafida. Insya-Allah Rafida tidak perlu risau apa-apa tentang pengajiannya.

“Semuanya telah diuruskan dengan baik sehingga habis pengajian. Semoga Allah SWT memberkati pengajian anakanda Rafida,” katanya.

Related Posts

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan intervensi pasaran bagi menstabilkan harga cili merah di Pulau Pinang susulan penurunan ketara harga ladang sejak awal tahun ini. Langkah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan