Tiada masalah jika UEC memenuhi aspirasi nasional – Mohamad

KERAJAAN tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekiranya sistem itu digubal selaras dengan aspirasi nasional dan dilaksanakan dalam bahasa kebangsaan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, isu sebenar bukan pelaksanaan UEC, sebaliknya soal pengiktirafan kerana kerajaan sebagai sebuah negara berdaulat perlu memastikan setiap sistem pendidikan menepati misi, nilai serta kepentingan nasional.

Jelasnya, kerajaan tidak pernah menghalang Dong Zong daripada melaksanakan UEC sejak tahun 1975 dan sijil itu tidak pernah berdepan sebarang masalah daripada sudut pelaksanaan.

“Kerajaan tidak ada masalah untuk mengiktiraf jika ia dilaksanakan dalam bahasa kebangsaan dan digubal menepati aspirasi nasional. Selagi ia tidak menepati ciri tersebut, maka ia tidak boleh disetarakan dengan kelayakan nasional,” katanya di Facebook.

Mohamad yang juga Menteri Luar menegaskan, sistem pendidikan negara mesti dibina bagi memperkukuh identiti kebangsaan, namun dalam masa sama kerajaan tetap meraikan kepelbagaian kaum dengan tidak menyekat kewujudan sistem pendidikan lain seperti UEC.

Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu pengiktirafan UEC.

Tindakan itu mencetuskan reaksi Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh yang menempelak DAP sambil menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi berhubung perkara tersebut dan merayu agar Perdana Menteri tidak memenuhi tuntutan berkenaan.

Dalam pada itu, Mohamad mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan pendidikan kerana ia merupakan wadah penting untuk membentuk identiti nasional serta memupuk kerjasama antara pelajar pelbagai kaum.

“Jika ada rakyat Malaysia yang tidak meyakini misi pendidikan nasional, mereka mempunyai pilihan untuk belajar dalam sistem UEC. Itu tiada siapa menghalang. Tetapi janganlah kerajaan dipaksa untuk mengiktiraf dan menyamaratakan kelayakan tersebut kerana ia tidak digubal untuk memupuk identiti dan keunikan sistem pendidikan nasional,” katanya.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh