40 peratus penduduk Gaza diancam banjir – PBB

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa banjir teruk yang melanda ratusan tapak pelarian di Semenanjung Gaza kini mengancam hampir separuh daripada penduduk wilayah itu, susulan hujan lebat yang terus memburukkan keadaan yang sedia kritikal.

Jurucakap PBB, Farhan Haq berkata, hujan berterusan menyebabkan khemah ditenggelami air, barangan peribadi penduduk musnah serta meningkatkan risiko kesihatan, termasuk hipotermia dalam kalangan bayi dan penularan penyakit akibat limpahan sistem kumbahan.

“Hujan lebat membanjiri khemah, menenggelamkan barangan dan meningkatkan risiko jangkitan. Keadaan ini amat membimbangkan,” katanya pada sidang media, memetik laporan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), lapor Anadolu.

Menurutnya, pasukan PBB dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di lapangan sudah menubuhkan sistem respons segera untuk menghadapi amaran banjir, termasuk pengagihan khemah, terpal, pakaian musim sejuk, selimut dan kit kebersihan.

Haq menjelaskan bahawa sistem berkenaan telah memproses lebih 160 amaran banjir sejak awal Khamis.

Berdasarkan analisis risiko OCHA, lebih 760 tapak pelarian yang menempatkan kira-kira 850,000 penduduk dikenal pasti berada pada tahap risiko tertinggi.

“Itu bersamaan sekitar 40 peratus daripada keseluruhan penduduk Gaza,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa keperluan bantuan kemanusiaan di Gaza adalah amat besar, dan menuntut supaya semua sekatan terhadap operasi bantuan dilonggarkan atau dihentikan.

“Ini termasuk menamatkan larangan terhadap kebanyakan NGO antarabangsa dan UNRWA, yang masih berusaha membantu komuniti walaupun berdepan sekatan ketat. Lebih banyak lintasan masuk perlu dibuka bagi membolehkan pelbagai bentuk bantuan dibawa masuk ke Gaza,” katanya.

Sejak Rabu, ribuan khemah yang menempatkan mangsa perang dilapor bertukar menjadi kolam air, menyebabkan tilam, pakaian dan makanan rosak serta meninggalkan ratusan keluarga Palestin terdedah kepada cuaca sejuk tanpa perlindungan mencukupi.

Data terdahulu menunjukkan Gaza memerlukan sekitar 300,000 khemah dan unit penempatan sementara bagi memenuhi keperluan asas perlindungan penduduk, selepas infrastruktur wilayah itu musnah akibat dua tahun serangan Israel.

PBB menganggarkan kos untuk membina semula Gaza mencecah AS$70 bilion.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat