Tiada keperluan kerajaan tunduk desakan iktiraf UEC, hormatilah Perlembagaan Persekutuan

PUTRAJAYA – Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekiranya diiktiraf disifatkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan susulan tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan.

Pengerusi Majlis Permuafakatan Penulis Malaysia (MPPM), Amiruddin Md Ali Hanafiah berkata, pengiktirafan UEC juga akan menjadikan sistem pendidikan di negara ini diperlekeh kerana akan ada dua sistem pendidikan.

Sehubungan itu, beliau berpandangan, tiada keperlyan buat Kerajaan Persekutuan tunduk dengan desakan parti DAP agar UEC diiktiraf sebagai sijil untuk kemasukan ke pusat pengajian tinggi di Malaysia.

“UEC adalah bertentangan Dasar Pendidikan Kebangsaan berikutan akan wujud dua sistem berasingan.

“Persetujuan kerajaan terhadap UEC bermakna kerajaan tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan suara majoriti rakyat Malaysia,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Dalam pada itu, Amiruddin yang juga Ketua Satu Persatuan Penulis Johor (PPJ),
UEC menggunakan sukatan pelajaran sendiri.

“Perkara tersebut sekali gus tidak mengikut Akta Pendidikan 1996 yang mewajibkan satu sistem pendidikan kebangsaan.

“UEC hanya untuk satu kaum sedangkan di Malaysia sistem pendidikan diasaskan dengan persetujuan pelbagai kaum,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming dilaporkan mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan isu pengiktirafan UEC.

Kor Ming juga mengulang pendirian DAP dalam usaha tersebut dan meminta masyarakat Cina supaya bersabar dan jangan khuatir.

Menurutnya, DAP telah mendengar suara masyarakat Cina dan akan menyemak diri secara rendah hati supaya negara terus maju.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh