SUNDERLAND mengecewakan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge menerusi jaringan kemenangan pada minit ke-93.
Tuan rumah bermula garang apabila Alejandro Garnacho membuka tirai jaringan seawal minit keempat yang juga gol pertamanya bersama Chelsea bagi meletakkan pasukan bimbingan Enzo Maresca itu di depan.
Namun, Sunderland menyamakan kedudukan pada minit ke-22 menerusi Wilson Isidor yang pantas menyambar bola dalam kotak penalti selepas pertahanan Chelsea gagal mengeluarkan bola lontaran jauh dengan kemas.
Chelsea lebih banyak mendominasi babak kedua namun tiada percubaan berbahaya dapat dilancarkan untuk menguji gawang Sunderland.
Ketika aksi seakan berakhir seri, Chemsdine Talbi meledak gol kemenangan pada minit akhir perlawanan.
Kemenangan itu melonjakkan Sunderland ke tangga kedua liga manakala Chelsea di kedudukan ketujuh.





