Pempengaruh media sosial perlu lebih bijak

PUTRAJAYA – Pempengaruh media sosial diingatkan untuk berpada-pada dalam menghasilkan kandungan semata-mata bagi mendapatkan tontonan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan pempengaruh tempatan menghasilkan kandungan media sosial mendakwa seorang rakan mereka ‘hilang’ dalam hutan di Indonesia.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, kerajaan menyerahkan isu itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tindakan lanjut.

“(Oleh kerana) ini melibatkan kejadian di luar negara, saya minta rakan-rakan media rujuk dengan Wisma Putra.

“Bagi pempengaruh yang hasilkan ‘content’ untuk tontonan mereka, nasihat saya ialah berpada-pada, jangan keterlaluan dan biarlah ini kita mengambil ibrah atau pengajaran daripada apa yang berlaku untuk memperbaiki.

“Mungkin cara kita menghasilkan ‘content’ kadang-kadang ialah ia bukan seperti yang diceritakan dalam ‘content’ itu, tapi netizen sangat pantas untuk melakukan siasatan mereka sendiri.

“Saya dapati ada beberapa pempengaruh lain yang telah mendapatkan pengesahan tertentu, tapi sekiranya dia (isu ini) melibatkan badan-badan penguatkuasaan, maka kita serahkan kepada badan-badan tersebut untuk lakukan siasatan.

“Peringatan saya walaupun kita tidak melesenkan pempengaruh, mereka yang menghasilkan ‘content’ tapi kita harus mengambil pengajaran dan tidak menghasilkan ataupun tidak bertindak sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditanya sama ada kerajaan menerima sebarang laporan berkaitan pempengaruh itu dan sama ada kementerian bakal mengambil tindakan.

Related Posts

Banjir: JKM mungkin beku cuti raya kakitangan jika perlu – Nancy 

KUCHING – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia untuk membekukan cuti raya kakitangannya dalam persediaan menghadapi banjir. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, pihak JKM sedang meneliti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kanak-kanak tidak seharusnya dijadikan bahan kandungan media sosial – Nancy 

KUCHING – Masyarakat digesa tidak seharusnya menjadikan kanak-kanak dijadikan bahan kandungan media sosial. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, kanak-kanak tidak seharusnya jadikan bahan kandungan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Persiapan awal Syawal berjalan lancar’

‘Persiapan awal Syawal berjalan lancar’

Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

  • By Fatin
  • March 22, 2025
Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

  • By Fatin
  • March 22, 2025
Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

Pokok tumbang hempap sebuah rumah akibat hujan tanpa henti

  • By Fandi
  • March 22, 2025
Pokok tumbang hempap sebuah rumah akibat hujan tanpa henti

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

Jadikan pemilihan parti sebagai landasan strategik persediaan PRN – Mustapha

Jadikan pemilihan parti sebagai landasan strategik persediaan PRN – Mustapha