Lelaki hina Yang di-Pertuan Agong didenda RM5,000, penjara tiga bulan

BANGI – Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM5,000 terhadap seorang lelaki selepas mengaku bersalah membuat hantaran jelik yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Hakim Firdaus Md Isa menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hafiz Haron, 42, selaku orang kena saman (OKS) dan memerintahkannya menjalani hukuman terbabit bermula hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan bapa tiga anak itu dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda, lapor Berita Harian.

Mohd Hafiz didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik melampau sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati mana-mana orang menerusi aplikasi TikTok melalui akaun @muhammad.bin.abdu969 pada 7.30 pagi, 11 September 2025.

Hantaran terbabit telah dilihat oleh seorang pengadu di sebuah rumah di Taman Pelangi Semenyih 2, di sini pada 10 malam, hari sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya serta boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Berdasarkan fakta kes, seorang pengadu yang berasa marah serta sakit hati melihat hantaran itu, telah membuat laporan polis sebelum diikuti tiga individu lain.

Keterangan menunjukkan bahawa OKS sememangnya sedar dan tahu bahawa hantaran yang dibuat menggunakan telefon bimbitnya itu bersifat jelik melampau serta menghina Sultan Ibrahim.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atiqah Mohamad Alias memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS.

Mohd Hafiz yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan kerana hanya bekerja di kampung selain perlu menyara ibu yang uzur serta tiga anak.

Pada 13 September 2025, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penularan video melalui aplikasi TikTok yang mengandungi unsur hasutan dan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong.

Semakan mendapati lelaki itu mempunyai rekod lampau membabitkan tiga kes jenayah dan satu kes berkaitan narkotik.

Related Posts

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengumumkan enam perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Beliau dalam kenyataan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi