Steven Sim tidak gentar, berani menongkah arus gubal RUU Pekerja Gig 2025

PUTRAJAYA – Gabungan eHailing Malaysia (GEM) menyambut baik cadangan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig 2025 pada Persidangan Parlimen, Mac depan.

Ketua Aktivis, Jose Rizal berkata, keputusan itu bukan sahaja merupakan langkah berani, namun turut mencerminkan tindakan KESUMA di bawah pentadbiran Steven Sim dalam membawa perubahan besar dalam landskap pekerjaan negara.

Menurut beliau, cadangan terbabit dilihat selari  dengan hasrat dan aspirasi GEM untuk melihat pekerja gig diiktiraf serta dilindungi.

“GEM menyambut baik dan menyokong penuh pembentangan RUU Akta Pekerja GIG 2025 yang akan dibawa ke Parlimen pada sidang Mac ini.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Menteri Sumber Manusia serta seluruh warga kementerian atas usaha gigih dalam merealisasikan akta itu, yang akan memberi nafas baharu kepada komuniti pekerja gig,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Terdahulu, Steven memaklumkan Malaysia bakal menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan undang-undang khusus bagi melindungi pekerja gig sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 diluluskan.

Jelasnya, ketika ini hanya 15 negara yang telah melaksanakan akta seumpama ini dan langkah meluluskan RUU itu dijangka memberikan perlindungan lebih baik kepada pekerja dalam sektor berkenaan.

Beliau berkata, empat perkara asas RUU berkenaan antaranya memperkenalkan definisi rasmi bagi pekerja gig yang sebelum ini tidak termaktub dalam akta kerja sedia ada.

Dalam pada itu, Jose menjelaskan, pengenalan undang-undang itu dilihat sebagai satu langkah menongkah arus,  sebagaimana yang menjadi inspirasi utama perjuangan GEM.

Katanya, ia melambangkan satu peralihan ke arah sistem pekerjaan yang lebih moden dan progresif, keluar daripada model pekerjaan tradisional.

“Sehubungan itu, GEM menyeru semua pemegang taruh dan Ahli Parlimen untuk bersama-sama menyokong usaha ini, demi masa depan tenaga kerja negara yang lebih adil, mampan, dan sejahtera.

“Kami percaya bahawa era pekerjaan baharu atau moden kini bermula, memberi lebih banyak peluang serta perlindungan kepada pekerja dalam ekonomi digital,” katanya.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China