Stesen Pembiakan Kerbau Meragang Lawas bakal jadi pengeluar keju

LAWAS – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia Datuk Seri Haji Mohamad Sabu berterima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana berusaha dalam projek ini malah berpotensi menjadi agropelancongan kerana mempunyai kawasan yang menarik.

“Saya sudah lama berazam untuk datang ke kawasan ini. Sebarang usaha untuk tingkatkan produktiviti makanan bagi mengurangkan import adalah fokus utama kita dalam keterjaminan makanan,”ujarnya.

Tambahnya lagi, perbezaan politik dan bangsa bukan menjadi halangan bagi kita untuk menjamin kecukupan makanan kerana itu tanggungjawab kita.

“Stesen pembiakkan kerbau di meragang ini akan dijadikan pemprosesan daging, susu dan keju mozarella kerbau yang halal di Sarawak.

Permohonan dana “one off” dapat membantu usahawan kerbau bagi membaiki kawasan pagar agar dapat mengurangkan kecurian dan membaik pulih kawasan.

Menurut Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata maklum balas yang positif daripada Kerajaan Malaysia mengenai penghasilan produk keju diterima oleh beliau kerana dapat mengurangkan kebergantungan import keju kerana makanan ini sangat popular terutama dalam kalangan belia malah mempunyai nilai makanan yang baik.

Tambahnya lagi, dengan siapnya projek ini nanti akan memberikan impak langsung kepada penduduk tempatan terutama pengusaha kerbau di Lawas dan syarikat pengendali.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia Datuk Lokman Hakim Ali, Pengarah Wilayah, Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) RECODA Datuk Ubaidillah Abdul Latif, Pengarah Jabatan Verteriner Sarawak Datuk Dr Adrian Susin Ambud, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, pengarah jabatan dan agensi Persekutuan dan Sarawak serta ketua-ketua jabatan.

Related Posts

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

PUTRAJAYA – Infrastruktur digital tidak lagi sekadar lapisan sokongan, sebaliknya menjadi tulang belakang utama dalam menentukan kecekapan negara serta daya saing Malaysia di peringkat global. Berucap di Majlis Memorandum Persefahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy