OIC sokong pendirian Malaysia kutuk kekejaman Israel

PUTRAJAYA – Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sepakat dengan pendirian Malaysia untuk mengecam sekeras-kerasnya serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap rakyat Palestin dan pencerobohan serta ancaman Israel terhadap kedaulatan Iran.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri berkata Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan pendirian Malaysia ketika menghadiri Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif Peringkat Menteri-Menteri Luar OIC di Jeddah, Arab Saudi semalam.

“Menteri turut menggesa negara anggota OIC supaya tidak terperangkap dengan cubaan pihak-pihak tertentu yang dilihat cuba menggagalkan proses rundingan damai di Gaza.

“Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan dan komitmen jitu negara dalam memperjuangkan isu Palestin di pelbagai platform antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Dalam mesyuarat itu, Malaysia mencadangkan empat langkah utama untuk menyokong perjuangan Palestin, termasuk mewujudkan satu Kumpulan Pakar bagi membantu menggerakkan tindakan susulan sewajarnya untuk melaksanakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Kedua, Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.

Ketiga, Malaysia mencadangkan agar OIC menerajui pelaksanaan Pendapat Nasihat ICJ melalui Sesi Khas Tergempar Ke-10 berkenaan isu Palestin di Perhimpunan Agung PBB, bersama-sama dengan Negara-Negara Sepemikiran; dan

Keempat, Malaysia mencadangkan agar OIC memperluas sokongan untuk membantu membina semula ekonomi dan kehidupan rakyat Palestin pascakonflik.

Mohamad membentangkan langkah-langkah yang dicadangkan semasa menyampaikan kenyataan negara semasa mesyuarat tergempar yang diadakan oleh OIC.

Mesyuarat tergempar itu – yang diusulkan oleh Palestin dan Iran – membincangkan jenayah Israel terhadap rakyat Palestin dan pencerobohannya terhadap kedaulatan Iran.

Mesyuarat dipengerusikan Menteri Luar Gambia sebagai pengerusi Sidang Kemuncak OIC ke-15.

Related Posts

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

PUTRAJAYA – Infrastruktur digital tidak lagi sekadar lapisan sokongan, sebaliknya menjadi tulang belakang utama dalam menentukan kecekapan negara serta daya saing Malaysia di peringkat global. Berucap di Majlis Memorandum Persefahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy