Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

KOTA KINABALU – Kerajaan memperluaskan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi sektor pengangkutan darat barangan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bertujuan memastikan penyaluran subsidi diesel lebih berkesan dan tepat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, permohonan pendaftaran bagi syarikat pengangkutan yang layak akan dibuka mulai 4 Mei 2026, jam 9 pagi melalui portal MySubsidi.

“Kenderaan yang didaftarkan di bawah SKDS akan menikmati subsidi diesel pada kadar RM2.15 seliter, selaras usaha kerajaan menstabilkan kos operasi pengangkutan barangan.

“SKDS direka bagi memastikan subsidi diesel disalurkan secara tertumpu kepada kenderaan yang layak, seterusnya mengurangkan risiko penyalahgunaan dan menyokong kelancaran rantaian bekalan barangan,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Jumaat.

Menurut Armizan , syarikat atau entiti yang ingin menyertai SKDS perlu memenuhi beberapa syarat utama iaitu mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang sah dan aktif, Kenderaan berdaftar dengan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah atau Sarawak, Syarikat, koperasi atau perniagaan berdaftar dengan SSM, PBT atau SKM dan tersenarai dalam 23 kategori kenderaan darat barangan yang diluluskan di bawah SKDS.

“Permohonan pendaftaran dibahagikan mengikut kategori syarikat, koperasi/PBT dan pemilikan tunggal, bergantung kepada status pendaftaran kenderaan.

“Bagi syarikat yang diluluskan, pembelian diesel bersubsidi dilakukan melalui fleet card daripada syarikat minyak pilihan seperti Petronas, Shell atau Petron.

“Proses pemprosesan kad dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga minggu, bergantung kepada proses dalaman syarikat minyak,” ujarnya.

Tambahnya, tempoh sah laku SKDS bergantung kepada tempoh sah LKM atau cukai jalan kenderaan, dan KPDN menasihatkan syarikat sentiasa mengemas kini dokumen bagi memastikan kelangsungan subsidi bulan berikutnya.

“Pelaksanaan SKDS dijangka membantu menurunkan kos operasi pengangkutan daratan, sekali gus memberi kesan positif terhadap harga barangan keperluan rakyat di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“KPDN menyeru semua syarikat atau entiti pengangkutan darat yang layak untuk memanfaatkan sistem ini.

“Kerajaan komited melaksanakan dasar subsidi secara seimbang, inklusif dan berkesan, demi kesejahteraan rakyat serta kestabilan ekonomi negara.

“Sebarang pertanyaan berkaitan SKDS boleh diajukan melalui Pusat Panggilan KPDN negeri masing-masing atau melalui portal MySubsidi,” jelasnya.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy