Ewon, Hajiji bincang MA63 dan inisiatif Bank Rakyat di Sabah

KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini, pada Khamis.

Menurut Ewon, pertemuan tersebut antara lainnya membincangkan pendekatan ke atas tuntutan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan terutama berkaitan dengan pemberian semula hasil persekutuan kepada Sabah.

“Walaupun sudah sembilan perkara berkaitan tuntutan hak Sabah dalam MA63 telah diselesaikan sepenuhnya, namun masih banyak perkara yang sedang dirundingkan termasuklah hak 40 peratus ke atas hasil persekutuan di Sabah.

“Saya telah memaklumkan Ketua Menteri komitmen saya di peringkat Persekutuan untuk memperjuangkan hak dan aspirasi rakyat Sabah ini dan mahu melengkapi usaha yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Sabah,” katanya.

Ewon yang juga merupakan menteri yang membantu Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof menyelaras isu-isu Sabah menyatakan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk mencari penyelesaian tuntutan-tuntutan tersebut melalui platform perundingan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 dan juga Jawatankuasa Teknikal MTPMA63.

Dalam kunjungan tersebut juga, Ewon turut mengetuai delegasi Bank Rakyat bagi memaklumkan pelbagai inisiatif bank koperasi terbesar negara tersebut di Sabah.

Taklimat kepada Ketua Menteri tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman.

Antara yang dimaklumkan ialah perkembangan Bank Rakyat di Sabah, program pembiayaan, sumbangan zakat dan program tanggungjawab sosial korporat serta perancangan masa hadapan bank tersebut di Sabah.

Hajiji juga merupakan mantan Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada tahun 1990-an dan antara yang bertanggungjawab mengembangkan operasi Bank Rakyat ke Sabah.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy