SPRM terus siasat aset Tun M, libatkan pihak berkuasa UK

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa siasatan berhubung aset milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, masih berjalan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya kini sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa di United Kingdom (UK) berkaitan aset milik Mahathir.

“Siasatan terhadap Tun M masih lagi dijalankan dan SPRM sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak luar, terutamanya daripada pihak berkuasa di UK berhubung aset-aset yang dimilikinya.

“Sekiranya maklumat berkenaan diperoleh, kita akan maklumkan,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan bahawa SPRM telah memanggil kedua-dua anak Dr Mahathir bagi membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

SPRM telah memulakan siasatan sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti yang berkaitan dan dinamakan dalam Laporan Kertas Pandora dan Kertas Panama.

Pada Januari lalu, SPRM mengesahkan bahawa kedua-dua anak bekas Perdana Menteri memiliki harta bernilai lebih RM1.2 bilion yang melibatkan pegangan aset dan saham.

Berdasarkan pengisytiharan harta yang dikemukakan, Tan Sri Mokhzani Mahathir memiliki aset bernilai kira-kira RM1 bilion, manakala Mirzan Mahathir sebanyak RM246.2 juta.

Menerusi pengisytiharan harta tersebut, jumlah keseluruhan aset Mokhzani adalah kira-kira RM1 bilion dengan nilai peribadi sebanyak RM360 juta.

Sementara itu, jumlah aset Mirzan adalah sebanyak RM246.2 juta dengan nilai peribadi sebanyak RM120 juta.

Azam turut menegaskan bahawa semua data berkenaan adalah hasil analisis pegawai forensik SPRM serta beberapa penilaian terhadap jumlah aset yang diisytiharkan oleh mereka.

Related Posts

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PUTRAJAYA – Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kelantan membuktikan Kerajaan MADANI tidak meminggirkan mana-mana negeri, sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat merentasi perbezaan politik. Timbalan Naib Canselor Akademik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar