Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

KUANTAN – Keputusan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menarik balik sijil halal dimiliki dua syarikat berpengalaman luas dan terbabit secara langsung dalam industri penyediaan makanan di negeri ini dilihat sebagai satu perkembangan yang positif.

Ia juga menunjukkan perkara berkaitan isu halal sentiasa mendapat perhatian daripada JAIP melalui pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan terhadap pihak berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari berkata, kebimbangan mengenai isu itu sudah disuarakan sebelum ini dalam usaha memastikan setiap hal berkaitan halal dan haram membabitkan pemakanan tidak ‘dipandang sebelah mata’ oleh pihak berwajib.

“Sebab itu dalam hal pengurusan isu halal di negara ini, ia perlu dilakukan secara jelas, tegas dan berhati-hati supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

“Kekhilafan dalam pemberian sijil halal sebagai contoh, bukan hanya mencemarkan keyakinan pengguna Islam, bahkan menjejaskan reputasi Malaysia sebagai peneraju global dalam pasaran industri halal,” katanya.

Semalam, JAIP melalui satu kenyataan memaklumkan pihaknya menarik balik sijil pengesahan halal membabitkan dua syarikat berpangkalan di negeri ini berkuat kuasa serta-merta.

Dua syarikat itu adalah GoodFood Industries Sdn Bhd dan NKM (Kuantan) Sdn Bhd.

Sebagai rujukan, industri halal di Malaysia menyumbang 8.1 peratus bersamaan RM137.6 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar tahun lalu dan diunjurkan meningkat kepada 10.8 peratus bersamaan RM260 bilion menjelang tahun 2030.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Mac lalu, menitahkan seluruh umat Islam agar sentiasa memelihara batas halal dan haram dalam setiap urusan kehidupan.

“Janganlah kita alpa bahawa halal itu pada hakikatnya adalah perintah agama, bukan sekadar jenama pasaran. Halal bukan hanya soal logo atau cap pada sesuatu produk, tetapi ia adalah soal amanah, integriti dan keberkatan hidup.

“Jika sesuatu yang masuk ke dalam tubuh manusia itu bersumberkan perkara yang meragukan, maka ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan jasmani, bahkan boleh menggelapkan hati dan merosakkan jiwa,” titah baginda.

Baginda menegaskan, pematuhan terhadap hukum syarak tersebut adalah kunci utama bagi menjamin keberkatan serta kesejahteraan masyarakat.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Irshadi mencadangkan, peningkatan penguatkuasaan dan mekanisme pemantauan perlu diperhebatkan bagi mengekang penyalahgunaan logo dan sijil halal.

Selain isu pensijilan halal dan penyalahgunaan logo halal, Ahmad Irshadi juga meminta pihak berkuasa agama memantau restoran yang meletakkan papan tanda ‘Muslim Friendly Food’.

“Kalau boleh papan tanda seumpama itu ditanggalkan atau diturunkan dari premis atau restoran kerana ia boleh mengelirukan pelanggan.

“Perlu dijelaskan bahawa pihak JAKIM hanya mengeluarkan sijil halal dan label ‘Muslim Friendly Food’ tidak mempunyai kaitan dengan pengesahan halal dikeluarkan JAKIM.

“Bahkan dalam syariat Islam, perkara ini adalah jelas… hanya ada makanan halal dan haram, tidak ada istilah ‘Muslim Friendly Food’,” ujarnya.

Related Posts

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

BINTANGOR – Penyelewengan 5,030 liter diesel terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sarikei menyerbu sebuah premis di Sungai Medor, di sini pada Khamis. Tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

GERIK – Seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam satu kes gangguan seksual di sebuah pasar raya di daerah ini, pada Khamis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000