Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

KUCHING — Seorang wanita warga Australia yang dilaporkan hilang ketika menuruni Gunung Santubong semalam telah dijumpai selamat, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diteruskan bermula pagi tadi, dengan pasukan penyelamat berdepan cabaran bentuk muka bumi yang ekstrem dan berisiko tinggi.

Mangsa dikenali sebagai Belinda Lapier, seorang wanita dewasa warga Australia, dilaporkan hilang ketika menuruni gunung berkenaan dan dipercayai terjatuh di kawasan F7.

Terdahulu, pihak ranger hutan sebelum itu berjaya menghubungi mangsa sekitar jam 5 petang semalam, dan pagi ini menjalankan pencarian di lokasi terakhir mangsa.

“Bagaimanapun, pasukan hanya dapat mendengar suara mangsa di kawasan F7, namun gagal mengenal pasti kedudukan sebenar mangsa sebelum operasi ditangguhkan sementara,” katanya.

Memasuki hari kedua operasi, lokasi mangsa dilaporkan telah dikenal pasti dan komunikasi masih dapat dilakukan dengan mangsa dengan memanggil namanya.

Namun, usaha menyelamat berdepan kesukaran serius apabila laluan menuju ke lokasi mangsa mempunyai kecerunan hampir 90 darjah selain dipenuhi halangan batu besar serta pokok tumbang.

“Pasukan SAR juga telah membuat penilaian (size-up) bagi menentukan kaedah paling sesuai untuk menurunkan anggota penyelamat ke lokasi mangsa,” jelasnya.

Operasi melibatkan 11 anggota bomba dengan bantuan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) serta sebuah kenderaan Urvan. Turut membantu di lokasi ialah pihak polis dan ranger hutan.

Related Posts

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

SEPANGGAR – Pendakwah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) berjaya menarik lebih 3,000 orang menghadiri wacana ilmu bertajuk ‘Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera’ di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

MIRI — Program Sarawakku Sayang 2026 membuka tirainya dengan majlis pelancaran yang berlangsung meriah di Miri Kitchen pada Jumaat. Program yang berlangsung dari 24 hingga 26 April itu diadakan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar