Polis tahan pemilik akaun TikTok sebar kenyataan hasutan terhadap TYT, KM Sabah

KOTA KINABALU – Seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun ditahan polis selepas disyaki mengendalikan akaun TikTok @bentan_alamin_35 yang memuat naik kenyataan berunsur hasutan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Ketua Menteri Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, penahanan dilakukan pada Selasa kira-kira pukul 2.45 petang di daerah Papar susulan laporan polis yang diterima dua hari lebih awal berhubung hantaran di akaun tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek adalah pemilik akaun berkenaan. 

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Vivo miliknya yang digunakan bagi memuat naik kandungan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa. 

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Jauteh berkata, semakan lanjut mendapati suspek turut mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau menegaskan PDRM memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan media sosial yang melanggar undang-undang dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang didapati melakukan kesalahan tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan menggunakan media sosial secara berhemah serta bertanggungjawab, selain berfikir terlebih dahulu sebelum berkongsi kandungan agar tidak menjejaskan ketenteraman awam atau menimbulkan keresahan masyarakat,” katanya.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James