Solat hajat di seluruh Sarawak selepas solat Jumaat

KUCHING – Majlis Islam Sarawak (MIS) mengarahkan semua masjid dan surau di seluruh Sarawak melaksanakan Solat Hajat Bencana selepas solat Jumaat hari ini.

Solat hajat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta diangkatkan kesusahan mereka. 

Arahan tersebut dikeluarkan melalui satu pekeliling bertarikh 30 Januari semalam yang ditandatangani oleh Setiausaha MIS Mual Suaud dan diedarkan kepada semua pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan serta jawatankuasa masjid dan surau di seluruh Sarawak.

Pihak MIS menzahirkan keprihatinan yang mendalam terhadap bencana banjir khususnya Serian, Bintulu dan Miri yang menyebabkan kehidupan mangsa terjejas.

Sebelm ini, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkatkan kepada 9,398 orang.

Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,021 orang yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diikuti Serian pula mencatatkan 1,886 mangsa yang ditempatkan di 15 PPS. 

Related Posts

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara