Al-Quran sebagai rujukan tadbir negara melalui Malaysia Madani, inspirasi generasi muda

KOTA KINABALU – Umat Islam diingatkan untuk terus menjadikan al-Quran sebagai panduan terutama dalam hal mentadbir negara dan seterusnya menjadi inspirasi kepada generasi muda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Dilantik), Datuk Amisah Yassin berkata, al-Quran mengajar umatnya mengenai pelbagai aspek termasuk perpaduan, keadilan dan kebajikan dalam mencapai kesejahteraan hidup.

Katanya, al-Quran juga menyediakan panduan lengkap dalam mengatasi pelbagai masalah sosial, cara memperbaiki kualiti kehidupan diri dan masyarakat.

“Melihat kepada perkembangan Malaysia Madani yang digagaskan oleh kerajaan, kita diingatkan untuk memastikan bahawa setiap aspek pembangunan negara, baik ekonomi, pendidikan, sosial dan keagamaan mesti berteraskan kepada nilai-nilai yang terkandung dalam al-Quran.

“Ekonomi Malaysia Madani tidak boleh dilihat kepada pembangunan infrastruktur dan kekuatan kewangan semata-mata tetapi juga kemajuan yang boleh dinikmati oleh setiap lapisan rakyat.

“Dalam hal ini al-Quran mengajar kita bahawa kekayaan sebenar bukan untuk kesenangan individu tetapi mesti dikongsi bersama sebagaimana ayat al-Quran mengenai keperluan bersedekah kepada golongan yang memerlukan.

“Dengan prinsip ini, saya percaya bahawa kita dapat membina sebuah Malaysia yang Madani bukan sahaja maju dari segi ekonomi tetapi juga memiliki masyarakat yang adil, saksama dan penuh kasih sayang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran 1446H/2025M Peringkat Bahagian Pantai Barat Utara di Masjid Ar-Rahman di sini, pada Khamis.

Tambahnya, negara kita kini berdepan dengan pelbagai cabaran global dan domestik, dari isu perubahan iklim yang semakin mendesak ketidaksamarataan ekonomi sehingga perpecahan sosial.

“Dalam keadaan ini al-Quran mesti menjadi sumber petunjuk paling utama.

“Negara yang berpegang kepada nilai-nilai ini tidak hanya akan maju secara material tetapi juga masyarakat yang adil, makmur dan sejahtera,” ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau turut berharap agar generasi muda yang merupakan peserta tilawah dan hafazan ini dapat menjadi contoh demi mencapai masa depan yang lebih baik.

“Semoga pencapaian anda semua akan menjadi inspirasi agar lebih ramai anak muda untuk mencintai al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup.

“Dalam dunia yang serba pantas hari ini, kita sering terlupa untuk mendalami ajaran al-Quran yang sangat relevan dengan isu-isu seharian kita seperti integriti, kesejahteraan dan keadilan sosial.

“Majlis tilawah seperti ini bukan sekadar medan untuk menunjukkan kebolehan tetapi sepatutnya menjadi peringatan bahawa al-Quran itu adalah petunjuk hidup yang tidak hanya untuk dibaca tetapi dihayati,” katanya lagi.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran