Sarawak tawar RM15,000 kepada pemenang pingat emas SUKMA

KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak menawarkan insentif sebanyak RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya mendapat pingat emas pada temasya SUKMA XXI kali ini.

Berita penyuntik semangat itu diumumkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan menganggap ia sebagai penghargaan buat setiap atlet yang mengharumkan nama Sarawak.

“Saya sudah bincang dengan rakan kabinet saya, jadi saya sudah buat keputusan untuk beri insentif kepada atlet kita. Pingat emas RM15,000, perak RM5,000 dan gangsa akan menerima 3,000.

“Kalau Sarawak sudah ada sikit pendapatan, mengapa tidak kita beri balik kepada rakyat?” kata Abang Johari.

Ganjaran itu juga akan membabitkan pemenang pingat Sarawak pada Sukan Para SUKMA.

Sebelum ini, Selangor dan Johor muncul sebagai negeri yang menawarkan insentif tertinggi apabila menawarkan ganjaran masing-masing RM10,000, diikuti Pahang (RM6,000), Wilayah Persekutuan, Perak, Perlis, Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing menawarkan ganjaran RM5,000 kepada atlet yang berjaya meraih pingat emas pada temasya itu.

Dalam masa sama, Abang Johari juga berterima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras untuk memastikan penganjuran SUKMA 2024 dapat dijalankan dengan lancar.

Seorang ibu kepada atlet negeri itu menyambut baik insentif yang ditawarkan oleh kepimpinan Abang Johari.

“Terima kasih kepada Abang Jo diatas pemberian insentif yang diberikan. Bagi saya, ianya sangat-sangat berbaloi dengan pengorbanan masa, tenaga dan fokus yang diberikan oleh seseorang atlet kepada sukan yang diceburi mereka.

“Bayangkan atlet-atlet ini menceburkan diri dalam bidang sukan bermula dari umur yang sangat muda. Ada yang bermula seawal 5 dan 6 tahun.

“Di kala anak-anak seusia mereka masih bermain dan bebas bercuti bersama keluarga, mereka terpaksa bekorban dengan disiplin yang tinggi terhadap tanggungjawab yang digalas sebagai seorang atlet sukan”, kata Puan Clare, ibu kepada seorang atlet SUKMA.

Tambahnya lagi melalui insentif yang diberikan ini bukan sahaja sebagai pendorong kepada atlet-atlet yang sedia ada, malah ia akan turut membuka mata semua pihak terutamanya ibu bapa yang masih melihat bidang sukan hanyalah bidang yang tidak menjamin masa hadapan.

Related Posts

SK Padang Kubu dinobat juara Rayyan Cup Silverpool 2025

PASUKAN hoki bawah 12 tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kubu berjaya menjuarai Kejohanan Hoki Rayyan Cup 2025 (Silverpool) setelah menewaskan SK Tengkawang, Hulu Terengganu dalam perlawanan akhir yang berlangsung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy puji semangat melawan Sri Pahang FC

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memuji komitmen pemain Sri Pahang FC biarpun gagal menjulang Piala Malaysia selepas tewas 2-1 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif