Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

BAYERN Munich mara ke final Piala Jerman buat kali pertama dalam tempoh enam tahun selepas menewaskan Bayer Leverkusen 2-0.

Jaringan Harry Kane dan Luis Diaz memastikan kemenangan buat skuad kendalian Vincent Kompany.

Kane membuka tirai jaringan pada minit ke-22 dengan penyudah jarak dekat, sekali gus mencatat gol ketujuhnya dalam kejohanan musim ini.

Bayern yang baru mengesahkan kejuaraan liga menguasai permainan dengan mencipta sembilan percubaan tepat berbanding sifar oleh tuan rumah pada separuh masa pertama.

Leverkusen dibimbing Kasper Hjulmand cuba bangkit selepas rehat, namun percubaan Nathan Tella berjaya diselamatkan penjaga gol Manuel Neuer.

Diaz kemudian mengesahkan kemenangan Bayern pada masa kecederaan untuk menempah tiket ke final.

Bayern akan menentang pemenang satu lagi separuh akhir antara VfB Stuttgart dan Freiburg.

Related Posts

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

MANCHESTER City memintas Arsenal di puncak Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan 1-0 di Turf Moor yang menyaksikan Burnley tersingkir, awal pagi tadi. Kekalahan itu mengesahkan Clarets turun buat kali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

BRIGHTON & Hove Albion membelasah Chelsea 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sekali gus melonjak ke tangga keenam liga dengan 50 mata. Ferdi Kadioglu membuka jaringan seawal minit ketiga sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran