Sukma mampu lahirkan atlet berkelas dunia – Hannah Yeoh

KUCHING – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yakin Sukan Malaysia (Sukma) mampu melahirkan atlet berkelas dunia.

“Saya yakin Sukma merupakan platform terbaik melahirkan atlet berkelas dunia untuk bersaing di peringkat Olimpik,” katanya.

Tambah Hannah, beliau tahu bukan mudah untuk menjadi atlet berkelas dunia kerana memerlukan masa bertahun-tahun untuk diasah.

“Melalui Sukma, kita mampu mengasah bakat yang kelak menjadi harapan negara untuk sukan antarabangsa,” ujar Hannah.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Sukma XXI Sarawak 2024 yang berlangsung di Stadium Sarawak pada Sabtu.

Sementara itu, Hannah juga berharap atlet yang terlibat dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam Sukma ini.

“Kita harus memberi sokongan kepada mereka baik menang mahupun kalah dan bukan hanya meraikan ketika kemenangan mereka,” kata Hannah lagi.

Related Posts

City atasi Liverpool 2-1 dalam kemenangan dramatik

SEPAKAN penalti pada masa kecederaan oleh Erling Haaland menghadiahkan Manchester City kemenangan dramatik 2-1 ke atas Liverpool di Anfield, awal pagi tadi. Kemenangan itu merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal kekal teraju EPL, kalahkan Sunderland 3-0

VIKTOR Gyokeres meledak dua gol selepas masuk sebagai pemain gantian ketika Arsenal mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Sunderland, sekali gus melebarkan kelebihan di puncak Liga Perdana Inggeris kepada sembilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang