Rhodict kongsi pengalaman Olimpik kepada atlet SUKMA

KUCHING – Atlet terjun negara, Bertrand Rhodict Lises menjadi sebutan ramai pada temasya SUKMA XXI kali ini selepas penyertaannya dalam Olimpik di Paris baru-baru ini.

Atlet berusia 19 tahun kebanggaan Sarawak itu juga turut menjadi perhatian ramai di kalangan pencinta sukan negara khususnya dari kalangan rakyat negeri kelahirannya.

Menjadikan sukan Olimpik sebagai pengalaman berharga buatnya, beliau sedikit sebanyak menyuntik semangat tersendiri kepada atlet Sarawak yang bakal bertanding pada temasya sukan nasional kali ini khususnya kepada atlet terjun Sarawak.

“Bagi adik-adik pelapis sukan terjun pula, di sini saya ingin menasihati supaya jangan pernah mengalah, teruskan perjuangan kerana usaha tidak akan mengkhianati hasil”, tambahnya.

Ditanya mengenai persediaan untuk pertandingan seterusnya, katanya beliau memerlukan masa dan ruang ruang untuk rehat sepenuhnya namun, dalam masa sama rutin latihan akan diteruskan seperti biasa di Bukit Jalil.

Rhodict adalah diantara atlet yang dijemput oleh Kerajaan Sarawak bagi memeriahkan majlis perasmian yang akan berlangsung pada malam esok bertempat di Stadium Sarawak.

Selain daripada Rhodict, Datuk Pandelela Rinong antara atlet Sarawak yang pernah membuat penampilan di temasya sukan Olimpik.

Related Posts

City atasi Liverpool 2-1 dalam kemenangan dramatik

SEPAKAN penalti pada masa kecederaan oleh Erling Haaland menghadiahkan Manchester City kemenangan dramatik 2-1 ke atas Liverpool di Anfield, awal pagi tadi. Kemenangan itu merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal kekal teraju EPL, kalahkan Sunderland 3-0

VIKTOR Gyokeres meledak dua gol selepas masuk sebagai pemain gantian ketika Arsenal mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Sunderland, sekali gus melebarkan kelebihan di puncak Liga Perdana Inggeris kepada sembilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang