Sail Malaysia yakin ESSCOM jamin keselamatan pelayar di Sabah Timur

LAHAD DATU – Peserta ‘Sail Malaysia Passage To The East 2025’ menyatakan keyakinan penuh terhadap keupayaan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dalam memastikan keselamatan perairan negeri ini khususnya di Sabah Timur.

Seorang pelayar antarabangsa Australia yang juga ketua kumpulan kapal layar, Simon Hunt berkata, sepanjang pelayaran mereka sentiasa berasa selamat dan dilindungi pasukan keselamatan negara.

“Sepanjang tempoh ini kami dilindungi oleh ESSCOM sama sekali tidak pernah rasa tidak selamat dan kami amat berterima kasih.

“Kami benar-benar menikmati perjalanan ini kerana keramahan penduduk Sabah dan ini merupakan satu pengalaman yang hebat. Kami akan datang lagi,” katanya kepada media semasa program ‘Sail Malaysia Passage To The East 2025’ di W Bay Payang, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Simon berkata, sebaik tamat belayar mereka akan meneroka kawasan Pulau yang terkenal dengan keindahan dasar laut.

Sementara itu, Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor Sanjos berkata, kehadiran pelayar setiap tahun amat bermakna kepada ESSCOM kerana ia membuktikan bahawa kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan benar-benar terjamin.

“Kerajaan MADANI di bawah Kementerian Dalam Negeri dan ESSCOM komited memastikan tahap keselamatan berada pada tahap tertinggi dan ini merupakan antara keutamaan kerajaan.

“Sebagai rujukan, sejak penubuhan ESSCOM, kita telah merekodkan tiada kes penculikan sejak 15 Januari 2020.

“Oleh itu, saya berharap ini dapat memberi ketenangan fikiran untuk belayar di ‘syurga’ indah (Sabah) ini,” katanya.


Program tahunan anjuran Jawatankuasa Sail Malaysia yang diketuai Sazli Kamal Basha berjaya membawa 51 peserta dengan 23 kapal layar dari lapan buah negara seluruh dunia antaranya Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, New Zealand, Jerman, Panama, Isle of Man dan Singapura.

Pelayaran mereka bermula di Kudat pada 1 Ogos lepas dan akan berakhir di Tawau pada 30 Ogos ini.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu