Masyarakat diseru derma darah, bantu pesakit memerlukan

KOTA KINABALU – Masyarakat diseru supaya tampil menderma darah bagi menyokong usaha kemanusiaan bagi membantu pesakit yang memerlukan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, program derma darah anjuran pihaknya di ITCC Penampang bukan sekadar melepasi sasaran kutipan, tetapi untuk menggalakkan masyarakat agar lebih prihatin dan konsisten dalam menderma darah.

“Melalui derma darah, kita bukan sahaja membantu hospital menjalankan pembedahan dan rawatan kecemasan, malah membina semangat solidariti dalam komuniti.

“Setakat ini, sebanyak 851 beg darah berjaya dikumpul, namun kita masih memerlukan 259 beg lagi bagi mencapai jumlah kutipan tahun lalu,” katanya semasa merasmikan Program Derma Darah di ITCC Penampang, di sini, pada Sabtu.

Jauteh turut menekankan bahawa keselamatan penderma sentiasa diutamakan dan semua darah yang didermakan akan melalui proses saringan serta pemeriksaan kesihatan yang ketat sebelum digunakan.

Justeru, beliau mengharapkan lebih ramai pengunjung tampil menderma selain merancang meneruskan program berkenaan ke lokasi lain d negeri ini sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan memperluaskan kesedaran mengenai kepentingan menderma darah secara sukarela.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang