MARA perkukuh usahawan wanita Bumiputera menerusi 17 inisiatif strategik 2025-2030

KAPIT – Usahawan Bumiputera di Sarawak terus menerima suntikan semangat apabila Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan RM33 juta kepada 1,156 usahawan negeri ini sepanjang 2025 termasuk pembiayaan khas untuk wanita menerusi skim DANAnita.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, peruntukan itu menunjukkan komitmen MARA dalam memperkasakan ekonomi Bumiputera khususnya wanita yang semakin menyerlah dalam bidang keusahawanan.

“Sehingga Julai lalu, 243 usahawan menerima pembiayaan berjumlah RM30.1 juta termasuk 92 usahawan wanita dengan nilai RM6.8 juta.

Hari ini sahaja, sembilan usahawan wanita Kapit menerima kemudahan pembiayaan bernilai keseluruhan RM377,700,” katanya ketika merasmikan Program Pemerkasaan Wanita Bahagian Kapit 2025 di Dewan Suarah pada Sabtu.

Selain modal, MARA turut menyediakan 383 ruang niaga di seluruh Sarawak dengan kadar pengisian 96 peratus sehingga Julai. Ruang niaga tersebut melibatkan 158 usahawan wanita yang berjaya mencatat jualan RM53.4 juta dan membuka lebih 1,045 peluang pekerjaan.

Rubiah berkata usaha memperkukuh keupayaan digital usahawan turut diberi perhatian melalui program MERIT, BEST, DIGITALBIZ dan ADAPT dengan peruntukan RM1.2 juta. Sehingga Julai, 398 usahawan mendapat manfaat dengan nilai geran RM875,000.

Sementara itu, beliau mengumumkan projek pembinaan Kampus Baharu Kolej Profesional MARA Kapit bernilai RM90 juta telah dimulakan Jun lalu dan bakal menempatkan 350 pelajar diploma lepasan SPM.

“Peranan wanita kini bukan hanya di dapur sebaliknya mereka adalah pemacu penting pembangunan ekonomi negara. Selaras dengan Pelan Tindakan Pemerkasaan Wanita Komuniti MARA 2025-2030, sebanyak 17 inisiatif strategik dirangka meliputi latihan kemahiran, pembiayaan dan pemasaran digital,” katanya.

Rubiah yakin inisiatif berterusan itu akan menjadi pemangkin untuk merakyatkan MARA serta membantu lebih ramai usahawan wanita Bumiputera di Sarawak melonjak ke tahap lebih tinggi.

Related Posts

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta Tunku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO