Sabah Electricity anchor pertama Sabah sertai Program Pembangunan Vendor KUSKOP

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SE) mencipta sejarah apabila sebagai syarikat anchor pertama dari Sabah menyertai Program Pembangunan Vendor (PPV) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Pelantikan itu diumumkan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara KUSKOP dan SE bagi pelaksanaan PPV di bawah inisiatif pembangunan vendor nasional.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, di bawah PPV, kementerian menyediakan geran sokongan sehingga RM1.2 juta kepada mana-mana syarikat vendor yang memperoleh kontrak atau perolehan daripada syarikat anchor untuk Program Pembangunan Inovasi dan Program Pembangunan Kapasiti syarikat vendor.

“Setakat hari ini, Sabah Electricity menjadi syarikat yang ke-39 mengadakan MoU dengan KUSKOP.

“Pelantikan SE sebagai syarikat Anchor merupakan langkah strategik ke arah memperkukuh agenda penskalaan PMKS di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk memperluas penyertaan usahawan dalam rantaian bekalan nasional dan serantau.

“Kehadiran anchor baharu dari Sabah ini bukan sahaja memperkukuh agenda pembangunan vendor negeri, malah akan memperluas akses pasaran, memupuk inovasi dan membuka peluang kerjasama strategik antara industri serta komuniti usahawan tempatan,” katanya semasa Majlis Perasmian Sabah Electricity Vendor Day 2025 di sini pada Khamis.

Majlis pemeteraian itu turut disaksikan oleh Ewon sendiri, sekali gus menandakan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa keupayaan usahawan tempatan, khususnya di Sabah.

Tambahnya, kerjasama itu akan membantu menjana limpahan ekonomi kepada usahawan dan komuniti setempat, selain menjadi pemangkin kepada pengukuhan sektor tenaga di Borneo.

Dalam pada itu, di bawah pelaksanaan PPV, Kementerian Kewangan menyediakan insentif potongan cukai dua kali ganda kepada syarikat anchor yang terlibat, manakala KUSKOP bertanggungjawab memproses dan menyokong permohonan tersebut sebagai galakan untuk memperluas penyertaan industri dalam ekosistem vendor negara.

Langkah strategik ini turut memperkukuh peranan Sabah sebagai pemain penting dalam pembangunan ekonomi nasional melalui penglibatan aktif sektor korporat negeri dalam agenda keusahawanan negara.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud; Pengerusi Sabah Electricity, Saadiah Aziz; pegawai-pegawai kanan KUSKOP dan Sabah Electricity.

Related Posts

Aduan etika pelaporan media boleh disalur kepada Majlis Media Malaysia – Fahmi

SHAH ALAM – Orang ramai yang mempunyai aduan berkaitan etika pelaporan media tempatan disaran menggunakan saluran rasmi Majlis Media Malaysia (MMM), kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas di persimpangan: Perlukah Wawasan dikorbankan demi UMNO? – AMK

PAS kini dilihat perlu melakukan satu lagi ‘korban’ politik sekiranya mahu meneruskan kerjasama dengan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sukan MAKSUR perkukuh kerja berpasukan, tangani tekanan warga JPKA Sabah

  • By Fandi
  • October 3, 2026
‎Sukan MAKSUR perkukuh kerja berpasukan, tangani tekanan warga JPKA Sabah

Aduan etika pelaporan media boleh disalur kepada Majlis Media Malaysia – Fahmi

Aduan etika pelaporan media boleh disalur kepada Majlis Media Malaysia – Fahmi

Wanita berstatus isteri ditangkap khalwat

  • By Fatin
  • October 3, 2026
Wanita berstatus isteri ditangkap khalwat

‎Lepasan Tingkatan 5 mampu cetus perubahan dalam komuniti – Julita

‎Lepasan Tingkatan 5 mampu cetus perubahan dalam komuniti – Julita

Projek ‘missing link’ Sibu-Dalat bakal singkatkan masa perjalanan kepada sejam – Fatimah

Projek ‘missing link’ Sibu-Dalat bakal singkatkan masa perjalanan kepada sejam – Fatimah

‎Kematian gajah jantan di Kinabatangan disiasat menyeluruh – Jafry ‎

‎Kematian gajah jantan di Kinabatangan disiasat menyeluruh – Jafry ‎