Sabah Electricity anchor pertama Sabah sertai Program Pembangunan Vendor KUSKOP

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SE) mencipta sejarah apabila sebagai syarikat anchor pertama dari Sabah menyertai Program Pembangunan Vendor (PPV) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Pelantikan itu diumumkan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara KUSKOP dan SE bagi pelaksanaan PPV di bawah inisiatif pembangunan vendor nasional.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, di bawah PPV, kementerian menyediakan geran sokongan sehingga RM1.2 juta kepada mana-mana syarikat vendor yang memperoleh kontrak atau perolehan daripada syarikat anchor untuk Program Pembangunan Inovasi dan Program Pembangunan Kapasiti syarikat vendor.

“Setakat hari ini, Sabah Electricity menjadi syarikat yang ke-39 mengadakan MoU dengan KUSKOP.

“Pelantikan SE sebagai syarikat Anchor merupakan langkah strategik ke arah memperkukuh agenda penskalaan PMKS di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk memperluas penyertaan usahawan dalam rantaian bekalan nasional dan serantau.

“Kehadiran anchor baharu dari Sabah ini bukan sahaja memperkukuh agenda pembangunan vendor negeri, malah akan memperluas akses pasaran, memupuk inovasi dan membuka peluang kerjasama strategik antara industri serta komuniti usahawan tempatan,” katanya semasa Majlis Perasmian Sabah Electricity Vendor Day 2025 di sini pada Khamis.

Majlis pemeteraian itu turut disaksikan oleh Ewon sendiri, sekali gus menandakan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa keupayaan usahawan tempatan, khususnya di Sabah.

Tambahnya, kerjasama itu akan membantu menjana limpahan ekonomi kepada usahawan dan komuniti setempat, selain menjadi pemangkin kepada pengukuhan sektor tenaga di Borneo.

Dalam pada itu, di bawah pelaksanaan PPV, Kementerian Kewangan menyediakan insentif potongan cukai dua kali ganda kepada syarikat anchor yang terlibat, manakala KUSKOP bertanggungjawab memproses dan menyokong permohonan tersebut sebagai galakan untuk memperluas penyertaan industri dalam ekosistem vendor negara.

Langkah strategik ini turut memperkukuh peranan Sabah sebagai pemain penting dalam pembangunan ekonomi nasional melalui penglibatan aktif sektor korporat negeri dalam agenda keusahawanan negara.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud; Pengerusi Sabah Electricity, Saadiah Aziz; pegawai-pegawai kanan KUSKOP dan Sabah Electricity.

Related Posts

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

PUTRAJAYA – Pengguna yang layak menerima subsidi bahan api menerusi BUDI MADANI akan kembali menikmati had kelayakan asas sebanyak 300 liter sebulan mulai esok. Kementerian Kewangan (MoF) berkata, pelarasan daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis